Tahun 2024 ini mungkin anda sudah banyak melihat kecerdasan buatan atau AI di mana-mana. Semua memperlihatkan kecanggihan AI atau apa yang boleh dilakukannya. Baik di kaca TV mahupun di media sosial.
Di sebalik kecanggihan itu, ada juga yang masih memandang negatif terhadap AI kerana sering dimomokkan bahawa AI itu bahaya dan sebagainya.
Namun, kecanggihan teknologi perlu digunakan di jalan yang betul. Malahan, AI itu sebenarnya sangat membantu dalam urusan harian kita.
Salah satu AI yang memang pengguna biasa akan gunakan adalah yang ada depan mata, iaitu dalam Windows. Sekiranya ada yang masih belum tahu, AI sudah ditawarkan dalam sistem operasi Windows 11.
Akan tetapi, macam mana AI dalam Windows tersebut boleh membantu kerja anda?
Copilot Di Windows
Windows 11 kini menawarkan kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil Copilot.
Ini merupakan platform komputer pertama yang hadir dengan AI untuk membantu pengguna dalam melakukan tugasan.
Sebagai contoh, pengguna tidak lagi perlu bersusah payah untuk membuka pelayar web bagi mencari jawapan bagi sesuatu masalah.
Pengguna hanya perlu melancarkan Copilot dengan tekan kekunci Win+C atau tekan ikon Copilot di Taskbar atau tekan sahaja kekunci Copilot di komputer riba sekiranya ada.
Selepas membukanya, boleh terus masukkan soalan dan Copilot akan terus membantu masalah pengguna dengan cepat. Mahu mencari resipi masakan ke atau meminta hasilkan draf jawapan e-mel. Semuanya dapat direalisasikan.
Suntingan Video Lebih Senang Dengan AI
Kalau dulu, bila bercakap suntingan video, mesti akan terasa sukar. Namun, sekarang ini lebih mudah kerana adanya AI.
Buat pengetahuan, sistem Windows ada menawarkan aplikasi Clipchamp. Ia merupakan aplikasi suntingan video yang dikuasakan AI. Aplikasi tersebut juga hadir dengan ciri akses audio, imej, video, ‘filter’ dan kesan khas secara percuma untuk anda gunakan.
Video perlukan sari kata? Jangan risau, ini kerana Clipchamp pun ada ciri autocaptions yang terus memberikan sari kata secara automatik berdasarkan video.
Antara menarik lagi, ada fungsi ‘auto compose’ yang mana boleh jimatkan masa suntingan video anda.
Selain daripada aplikasi suntingan video, kecerdasan buatan juga hadir apabila anda menggunakan kamera web serta mikrofon yang mana sesuai ketika anda menjalankan mesyuarat dalam talian.
Apa yang dimaksudkan ialah Windows Studio Effects. AI ini membolehkan video dilakukan itu dioptimumkan seperti latar belakang kabur, auto framing, pencahayaan potret, fokus audio suara, ‘filter’ menarik, hubungan mata dan ada juga teleprompter.
Keselamatan Berasaskan AI
Apabila kita menggunakan komputer dan internet, kita mudah terdedah dengan ancaman serangan siber.
Lebih-lebih lagi jika anda gemar untuk klik segala pop-up yang terpapar di skrin tanpa selidik dahulu adakah perkara itu benar atau tidak.
Anda tidak perlu risau kerana Windows 11 hadir dengan sistem keselamatan berasaskan AI.
Windows 11 didatangkan dengan Windows Security dan Microsoft Defender. Melaluinya, ia juga boleh mengenal pasti ancaman secara proaktif dan melindungi data penting.
Selain itu, Smart App Control juga menggunakan AI untuk meramal aplikasi manakah yang selamat untuk dimuat turun dan dijalankan pada Windows 11.
Oleh yang demikian, anda tidak lagi perlu khuatir akan keselamatan dengan menggunakan sistem operasi Windows 11.
AI Lebih Baik Dengan Komputer Dikuasakan Intel®
Seperti yang diketahui, kesemua ciri kecerdasan buatan (AI) dalam Windows hanya tersedia pada Windows 11.
Oleh itu, sekiranya anda mahukan pengalaman lebih menyeluruh serta menikmati kemampuan sebenar AI dalam Windows 11, cip pemprosesan Intel® Core™.
Mengapa?
Ini disebabkan komputer dengan cip pemprosesan Intel® Core™ dapat memberikan prestasi lebih baik dalam memproses tugasan-tugasan AI dan pengalaman menggunakan Windows 11 juga lebih lancar.
Tambahan lagi, cip pemprosesan Intel® Core™ mempunyai prestasi generatif AI lebih laju sehingga 70% dan kuasa grafik daripada Intel® Arc™ menawarkan prestasi 2x ganda.
Bukan itu sahaja, penggunaan tenaga daripada komputer dengan cip pemprosesan Intel® Core™ lebih jimat. Ini kerana, ia menawarkan penggunaan tenaga 25% lebih rendah berbanding lain. Komputer riba dengan bateri lebih tahan lama amat diperlukan ramai orang kerana tidak perlu pening untuk cari tempat pengecasan.
Tapi, komputer dengan cip Intel® Core™ biasanya mahal
Jangan risau, sekiranya anda mahu memiliki komputer riba dengan cip Intel® Core™, ini adalah masa terbaik.
Anda boleh jimat sehingga RM2,389 apabila membeli mana-mana komputer Intel® Core™ yang menjalankan sistem operasi Windows 11. Ini adalah termasuk jenama-jenama seperti Surface, Acer, ASUS, HP dan MSI.
Walau bagaimanapun, penjimatan itu hanya boleh dinikmati di GLOO Hyperstore, Queensbay Mall, Penang atau GLOO Counter @ Aeon Mall dan pengedar iTworld di Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang. Selain itu, promosi ini bermula sekarang dan bakal berakhir pada 30 September 2024. Jadi, jangan tunggu lagi dan boleh kunjungi stor berhampiran anda.
*Artikel ini dibawakan oleh GLOO