Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BIMB Mobile_

Bank Islam Lancar Aplikasi, Perbankan Internet Baharu – BIMB Mobile & BIMB Web

Diterbitkan November 21, 2024 · Dikemas kini November 21, 2024 oleh Amalina Athman

Bank Islam hari ini melancarkan aplikasi dan perbankan internet serba baharu, dinamakan sebagai BIMB Mobile dan BIMB Web.

BIMB Mobile merupakan versi aplikasi GO by Bank Islam yang dipertingkatkan. Ia menampilkan antara muka moden, keselamatan yang dipertingkatkan melalui BIMB Secure dan ciri tambahan seperti pembukaan akaun mudah alih dan pembayaran zakat.

BIMB Mobile Web_1

Menurut Bank Islam, pengguna sedia ada Perbankan Internet Bank Islam dan GO by Bank Islam tidak ditukarkan secara automatik kepada BIMB Mobile dan BIMB Web.

Perbankan Internet Bank Islam dan aplikasi GO by Bank Islam juga masih akan tersedia sehingga akhir tahun 2025. Bermakna, akses kepada kedua-dua perkhidmatan ini hanya akan dihentikan menjelang penghujung 2025.

Bagi pengguna yang ingin beralih kepada BIMB Mobile, aplikasi ini menyokong mana-mana telefon pintar dan tablet yang menjalankan iOS 13.0 atau Android 10 dan lebih baharu.

Muat turun boleh dilakukan melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Kemudian, log masuk menggunakan nama pengguna, sahkan imej keselamatan dan frasa, serta kata laluan sedia ada.

Perlu diketahui bahawa tiada tempoh bertenang yang dikenakan untuk pengguna sedia ada. Walau bagaimanapun, tempoh bertenang akan dikenakan jika pengguna sudah berada dalam tempoh tersebut daripada Perbankan Internet Bank Islam atau GO by Bank Islam sebelumnya.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Akhirnya Turuti Kehendak Pengguna, Aplikasi Bank Islam Bakal Berwajah Baharu
  • Pengguna Bank Islam Wajib Kemas Kini Aplikasi Kepada Versi Terbaru

Sumber: Bank Islam 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY