Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shazam Kenal Pasti Lebih 100 Bilion Lagu, “Dance Monkey” Paling Banyak Dicari

Shazam Kenal Pasti Lebih 100 Bilion Lagu, “Dance Monkey” Paling Banyak Dicari

Diterbitkan November 21, 2024 · Dikemas kini November 21, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan perkhidmatan pengecaman lagu Shazam telah mengenal pasti lebih 100 bilion lagu sejak ia dilancarkan.

Menurut Apple, jumlah itu bersamaan dengan 12 lagu yang dikenal pasti untuk setiap orang di Bumi. Sementara seseorang perlu menggunakan Shazam untuk mengenal pasti lagu setiap saat selama 3,168 tahun bagi mencapai 100 bilion.

Lagu dengan bilangan pengecaman paling banyak ialah Dance Monkey oleh Tones and I, yang dikenal pasti lebih 45 juta kali oleh Shazam. Senarai 100 lagu terbaik Shazam boleh didengar melalui Apple Music.

Screenshot 2024-11-21 093741

Untuk rekod, Shazam bermula sebagai perkhidmatan SMS di United Kingdom pada tahun 2002, dan menjadi antara aplikasi pertama yang tersedia di App Store pada 2008.

Apabila Shazam diambil alih oleh Apple pada 2018, platform itu menawarkan teknologi dan inovasi baharu. Antara yang terkini termasuk Music Recognition pada iOS dan macOS, yang membolehkan pengguna mengenal pasti muzik di sekeliling mereka atau dalam aplikasi dengan lebih cepat – walaupun semasa menggunakan fon kepala.

Selain itu, Shazam juga diintegrasikan merentas platform perisian Apple, termasuk di Control Centre, Siri, pilihan butang Action pada model iPhone 15 Pro dan terbaru, serta sebagai widget Smart Stack pada Apple Watch dan banyak lagi.

Berkaitan

  • Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Pilih Apple Music Berbanding Spotify
  • Pengguna Kini Boleh Pindahkan Senarai Lagu Apple Music Ke YouTube Music
  • Google 'Circle to Search' Tambah Sokongan Carian Lagu Seakan Shazam
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY