Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TSMC cip 3nm

Apple Dikatakan Telah Peroleh Semua Bekalan Cip 3nm TSMC

Diterbitkan Februari 22, 2023 ยท Dikemas kini Februari 22, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan telah memperoleh semua pesanan yang tersedia untuk cip 3nm TSMC (N3), yang dijangka akan digunakan untuk model iPhone 15 Pro serta MacBook baharu yang dijadualkan separuh kedua 2023.

Berkaitan

  • Apple Dijangka Tambah Model iPhone Baharu, Lebih Mahal Daripada Pro Max
  • Apple Dijangka Tangguhkan Pengenalan Set Kepala AR/VR Sehingga Jun
  • Kotak Masih Berbalut Plastik, iPhone Generasi Pertama Berjaya Dibida Hampir RM300,000
  • Ura-Ura: iPhone 15 Pro Mungkin Dilengkapi Kapasiti RAM Lebih Besar

Menurut DigiTimes, Apple telah memperoleh 100% daripada pengeluaran awal N3, yang dikatakan melibatkan kos yang lebih tinggi.

Seperti dilaporkan sebelum ini, pengeluaran besar-besaran proses 3nm TSMC telah pun bermula pada akhir Disember. Menurut sumber laporan terbaharu, faundri telah meningkatkan kapasiti proses pada kadar beransur-ansur dengan output bulanan ditetapkan untuk mencapai 45,000 wafer menjelang Mac ini.

Dengan teknologi 3nm TSMC tahun ini, Apple dijangka akan menggunakannya untuk cip A17 Bionic yang mungkin akan menjana model iPhone 15 Pro dan Pro Max. Menerusi cip ini kelak, ia dikatakan mampu memberikan peningkatan kecekapan kuasa 35% berbanding 4nm, yang digunakan untuk membuat cip A16 Bionic pada iPhone 14 Pro dan Pro Max.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY