Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
m2 pro m2 max from macrumors

TSMC Dilapor Mula Kilangkan Cip 3nm Minggu Ini

Diterbitkan Disember 27, 2022 ยท Dikemas kini Disember 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Menurut laporan, TSMC akan mengadakan sambutan bersempena bermulanya pengeluaran cip 3nm mereka di kilang terbaru mereka yang terletak di Southern Taiwan Science Park, Taiwan.

Anda mungkin berasa pelik dan tertanya-tanya, apakah memang budaya TSMC untuk meraikan permulaan pengilangan satu-satu cip baharu?

Penganalisis berkata acara ini diadakan sebagai tanda syarikat itu masih mengutamakan Taiwan sabagai ‘markas’ untuk penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran.

morris chang tsmc
Morris Chang, pengasas TSMC.

Jika anda sedar, TSMC telah mengumumkan kilang baharu mereka di Arizona, Amerika Syarikat. Bahkan, syarikat itu juga dikatakan sudah menghantar ramai jurutera dari Taiwan ke sana.

Justeru, ada pihak yang menganggap TSMC seolah-olah menumpukan operasi di negara luar dan khuatir mereka akan berpindah ke sana.

Para pelabur juga mula risau dengan kedudukan TSMC di tanah airnya sendiri, menurut laporan.

Berkaitan

  • TSMC Dan Samsung Hadapi Masalah Dalam Pembangunan Cip Pemproses 3nm
  • Samsung Yang Pertama Keluarkan Cip 3nm, Mengalahkan TSMC
  • Samsung Mula Edar Cip 3nm, Pelanggan Terawal Ialah Pelombong Kriptowang China
  • TSMC Dilapor Henti Sementara Pengeluaran Cip Untuk Syarikat Pemula China

Hal ini kerana TSMC juga mengumumkan mereka meningkatkan pelaburan untuk kilang di Arizona daripada $12 bilion ke $40 bulion.

Kilang di Arizona itu juga kelak bukan hanya akan mengeluarkan cip 4nm pada 2024 tapi juga 3nm mulai 2026.

Mark Gurman sebelum ini berkata Apple akan menggunakan cip 3nm daripada TSMC untuk M2 Pro mereka. Ia dijangka digunakan untuk MacBook baru dan Mac mini berspesifikasi tinggi.

Sumber: Focus Taiwan

Gambar utama: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY