Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone first gen_auction 2023

Kotak Masih Berbalut Plastik, iPhone Generasi Pertama Berjaya Dibida Hampir RM300,000

Diterbitkan Februari 21, 2023 · Dikemas kini Februari 21, 2023 oleh Amalina Athman

iPhone generasi pertama yang masih baharu dan dalam bungkusan asal kini dilaporkan berjaya dilelong lebih $63,000 (~RM279,310).

Berkaitan

  • Belum Pernah Dibuka Kotak, iPhone Generasi Pertama Dilelong Lebih RM158,000

Lelongan iPhone generasi pertama itu disiarkan oleh LCG Auctions pada 2 Februari dan  berakhir pada 19 Februari 2023. Selepas menerima sejumlah 27 bidaan, iPhone itu akhirnya terjual pada harga $63,356.40 (~RM280,890). Nilai tersebut adalah lebih 105 kali ganda daripada harga asal peranti, iaitu $599 (~RM2,655).

Kotak Masih Berbalut Plastik, iPhone Generasi Pertama Berjaya Dibida Hampir RM300,000

Menurut Business Insider, pemilik asal Karen Green menerima iPhone itu sebagai hadiah daripada rakannya pada 2007. Walau bagaimanapun, iPhone pertama tersebut tidak pernah dibuka, memandangkan ia hanya serasi dengan rangkaian AT&T dan Green adalah pengguna Verizon pada ketika itu.

Setelah disimpan sekian lama, Green telah menilai iPhone tersebut pada 2019, dengan nilainya pada masa itu adalah $5,000 (~RM22,167). Namun, hanya kini Green bersetuju meletakkannya untuk dilelong bagi mengumpul dana perniagaan.

Kotak Masih Berbalut Plastik, iPhone Generasi Pertama Berjaya Dibida Hampir RM300,000

Mengimbas kembali, iPhone generasi pertama itu dilengkapi skrin bersaiz 3.5-inci dengan 8GB storan, 2MP kamera serta sambungan rangkaian 2G.

Sumber: Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY