Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple ARVR_Antonio

Apple Dijangka Tangguhkan Pengenalan Set Kepala AR/VR Sehingga Jun

Diterbitkan Februari 16, 2023 · Dikemas kini Februari 16, 2023 oleh Amalina Athman

Memetik Bloomberg, Apple dilapor telah menangguhkan rancangan bagi memperkenal set kepala AR/VR sehingga Jun 2023.

Gergasi teknologi itu kini menyasarkan untuk mendedahkan produk itu, yang berkemungkinan dinamakan sebagai “Apple Reality Pro” pada acara Worldwide Developers Conference (WDC23).

Berkaitan

  • Apple Dijangka Lancar Set Kepala AR/VR Tahun 2023, Guna Sistem Operasi Baharu
  • Set Kepala 'Mixed-Reality' Apple Mungkin Hadir Pada Tahun Ini

Difahamkan, Apple awalnya merancang untuk memperkenal set kepala realiti campuran (mixed-reality) pada April. Namun, ia kemudiannya memutuskan penangguhan pengenalan selepas ujian produk memperlihatkan bahawa kedua-dua isu perkakasan dan perisian masih perlu diselesaikan.

Ura-ura mengatakan pengguna boleh mengawal set kepala itu dengan pergerakan mata dan gerak isyarat tangan, memilih aplikasi dengan hanya sekilas pandang serta sebagainya.

Dari segi harga, peranti itu dijangka akan dijual sekitar $3,000 (~RM13,245), yang mana saya kira akan menyasarkan golongan profesional. Sementara itu, Apple juga dikatakan telah pun merancang pembangunan peranti set kepala generasi kedua yang lebih mampu milik.

Bagaimanapun, apa sahaja boleh berlaku sehingga Apple mengumumkan pengenalan produk itu secara rasmi.

Sumber: Bloomberg via MacRumors

Gambar utama: Antonio

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY