Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro__a

Ura-Ura: iPhone 15 Pro Mungkin Dilengkapi Kapasiti RAM Lebih Besar

Diterbitkan Februari 22, 2023 ยท Dikemas kini Februari 22, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa tahun ini, iPhone boleh dikatakan ‘terperangkap’ dengan penawaran 6GB RAM. Namun, laporan terbaharu kini mendakwa Apple mungkin telah bersedia untuk menaik taraf aspek ini pada iPhone 15.

Berkaitan

  • Semua Model Siri iPhone 15 Mungkin Akan Sokong Ciri Dynamic Island
  • Sekali Lagi, iPhone 15 Pro Dikatakan Bakal Hadir Dengan Butang 'Solid-State'
  • Ura-Ura: Siri iPhone 15 Mungkin Tidak Menyokong Sepenuhnya Kabel USB-C Android

Menurut laporan daripada firma penyelidikan Taiwan TrendForce, Apple mungkin mempertimbangkan untuk menaik taraf kapasiti RAM pada iPhone akan datang. Secara spesifik, laporan itu menyebut,

Apple will bump up the capacity and specifications of the DRAM solutions featured in the next generation of the iPhone that is scheduled for release this year.

Berdasarkan kenyataan itu, berkemungkinan akan terdapat penambahbaikan pada kedua-dua jumlah dan kelajuan RAM pada siri iPhone 15, namun tiada butiran khusus diberikan.

Terdahulu, TrendForce mengatakan model iPhone 15 Pro akan dilengkapi 8GB RAM, berbanding 6GB RAM pada model iPhone 14 Pro. Sementara iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan dikekalkan 6GB RAM, dengan kemungkinan naik taraf kepada RAM LPDDR5 yang lebih laju, seperti ditawarkan pada iPhone 14 Pro tahun lalu.

Jika benar iPhone 15 Pro akan hadir dengan 8GB RAM, ia akan menjadi naik taraf pertama sejak iPhone 12 Pro dikeluarkan dengan 6GB RAM.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY