Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14_3

Apple Dijangka Tambah Model iPhone Baharu, Lebih Mahal Daripada Pro Max

Diterbitkan Februari 6, 2023 ยท Dikemas kini Februari 6, 2023 oleh Amalina Athman

Memetik laporan Mark Gurman dari Bloomberg, Apple telah membincangkan untuk menambah model iPhone lebih mewah, selain daripada model Pro dan Pro Max sedia ada.

Berkaitan

  • Kuo: iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max Mungkin Hadir Dengan Segmen Berbeza
  • Ura-Ura: iPhone 15 Pro Akan Dilengkapi Bezel Lebih Nipis Dengan Sisi Melengkung
  • Kuo: Bukan Dua, Lensa Periskop Kekal Eksklusif Untuk Satu Model iPhone Sehingga 2024

Ketika ini, Apple sudah melakukan pelbagai perbezaan penawaran antara model Pro dan asas, yang memberikan pengguna alasan untuk membayar lebih.

Apabila iPhone 15 dilancarkan kelak, Apple dijangka akan menjarakkan lagi perbezaan dari segi penggunaan bahan, cip pemproses dan naik taraf kamera. Antaranya termasuk menawarkan lensa periskop eksklusif untuk model Pro Max.

Rancangan Apple untuk menawarkan perbezaan spesifikasi yang lebih besar antara Pro dan Pro Max telah mendorong spekulasi bahawa syarikat itu mungkin memilih untuk memperkenal model mewah baharu iaitu Ultra.

Menurut Gurman, berbanding menjenamakan semula model Pro Max sebagai “Ultra”, Apple mungkin menambah model iPhone lebih mewah daripada kedua-dua model Pro itu. Dinyatakan, Apple secara dalaman telah berbincang untuk melancarkannya, seawal 2024.

Dari segi harga, sudah tentu ianya akan menjadi lebih mahal. Bagaimanapun, masih belum jelas bagaimana ia akan membezakan penawaran spesifikasi antara model-model iPhone tersebut.

Sebagai tambahan, Gurman menyatakan Apple mungkin akan beralih untuk menawarkan hanya satu model asas, dua model Pro dan satu Ultra. Ia berikutan percubaan Apple menawarkan model mini dan Plus memperlihatkan hasil jualan yang tidak memberangsangkan.

I think it would make sense for Apple to eventually shift to 1 entry iPhone, 2 Pro iPhones and 1 Ultra iPhone. The last two attempts at new regular iPhone screen sizes (Mini and then Plus) have both been failures. So basically three high end and one entry level versus 2 and 2. https://t.co/uxy7Ryltnk

— Mark Gurman (@markgurman) February 5, 2023

Dengan itu, tidak mustahil jika Apple mengambil pendekatan yang lain, dengan menawarkan satu model asas dan tiga model premium untuk masa akan datang.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY