Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 18 pro_featured

Apple Dedahkan Kapasiti Bateri iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max

Diterbitkan September 10, 2026 · Dikemas kini September 10, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini mengesahkan kapasiti bateri bagi iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max yang diumumkan hari ini.

Seperti dilaporkan MacRumors, maklumat tersebut dikenal pasti menerusi label tenaga yang dipaparkan pada halaman produk Apple untuk pasaran Kesatuan Eropah (EU). Berdasarkan dokumen rasmi berkenaan, iPhone 18 Pro mempunyai kapasiti bateri 4,056mAh, manakala iPhone 18 Pro Max pula hadir dengan bateri berkapasiti 5,391mAh.

iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max Kini Rasmi – Harga Bermula RM5,499

Sebagai perbandingan, iPhone 17 Pro mempunyai kapasiti bateri 3,988mAh, sementara iPhone 17 Pro Max hadir dengan kapasiti 4,823mAh. Ini bermakna kapasiti bateri iPhone 18 Pro meningkat sekitar 1.7%, manakala iPhone 18 Pro Max mencatat peningkatan sekitar 11.7% berbanding generasi sebelumnya.

Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kapasiti tersebut hanya merujuk kepada model dengan slot kad SIM fizikal. Ini termasuk model iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max yang dijual di Malaysia.

Bagi pasaran seperti Amerika Syarikat yang menggunakan model tanpa slot kad SIM fizikal, kapasiti baterinya adalah sedikit lebih besar. Apple menawarkan model eSIM sahaja untuk iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max di beberapa pasaran, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Mexico serta beberapa negara di Timur Tengah.

Menurut Apple, ketiadaan slot kad SIM fizikal membolehkan ruang tersebut digunakan untuk bateri, sekali gus memberikan kapasiti yang sedikit lebih besar. Namun, kapasiti tepat bagi model eSIM sahaja masih belum diketahui.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Senarai Penuh Harga iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max Dan iPhone Duo
  • iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max Kini Rasmi - Harga Bermula RM5,499
  • Apple Perkenal iPhone Duo - iPhone Lipat Pertama, Sokongan Apple Pencil, Harga Bermula RM9,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY