Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
self service repair

EU Perkenal Label Tenaga Dan Skor Kebolehbaikan Untuk Telefon Dan Tablet

Diterbitkan Jun 23, 2025 · Dikemas kini Jun 23, 2025 oleh ariff bukhari

Mulai 20 Jun 2025 lalu, Kesatuan Eropah (EU) memperkenalkan peraturan baharu yang akan mengubah cara telefon pintar dan tablet direka, digunakan dan dijual.

Dengan peraturan baharu ini, pengguna akan menikmati peranti yang lebih cekap tenaga, lebih tahan lama dan lebih mudah dibaiki.

Langkah ini bukan sahaja membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak, tetapi juga menyokong usaha EU dalam mencapai sasaran tenaga mampan serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Selain itu, peraturan ini wajib dipamerkan bersama label yang menunjukkan kecekapan tenaga, ketahanan bateri dan keupayaan menahan air, habuk serta hentakan.

Antara syarat yang ditetapkan melalui Polisi Ecodesign dan Pelabelan Tenaga ini termasuklah:

  • Peranti mesti tahan jatuh, calar, debu dan air. Sebagai contoh, telefon pintar dengan penarafan IP68 adalah kedap debu dan boleh direndam dalam air hingga 1 meter atau lebih untuk jangka masa tertentu,
  • Bateri yang lebih tahan lama – mampu dicas 800 kali sambil mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti,
  • Pengilang wajib menyediakan alat ganti dalam tempoh 5–10 hari bekerja, dan untuk sekurang-kurangnya 7 tahun selepas model produk tidak lagi dijual di EU,
  • Kemaskini sistem operasi disediakan sekurang-kurangnya selama 5 tahun selepas model terakhir dijual,
  • Juruteknik bertauliah diberi akses kepada perisian untuk pembaikan.
EU Perkenal Label Tenaga Dan Skor Kebolehbaikan Untuk Telefon Dan Tablet
Peraturan pelabelan tenaga baru ini terpakai bagi unit produk yang dipasarkan mulai 20 Jun 2025 dan seterusnya. Ini bermakna bahawa keperluan pelabelan tenaga hanya terpakai untuk unit produk yang dipasarkan sejak dan termasuk 20 Jun 2025.

Menariknya, buat pertama kali, label ini juga menyenaraikan skor kebolehbaikan (repairability score) daripada A (paling mudah dibaiki) hingga E (paling sukar).

Semua maklumat ini akan disediakan melalui pangkalan data EPREL dan boleh dimuat turun oleh pengguna bagi membantu mereka membuat keputusan pembelian yang tepat.

Walau bagaimanapun, telefon pintar dan tablet dengan paparan utama yang fleksibel yang boleh dibuka dan digulung sebahagian atau sepenuhnya adalah tidak tertakluk kepada keperluan pelabelan tenaga baharu ini.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Ekonomi Pusingan EU 2020, yang menetapkan visi untuk menjadikan produk elektronik lebih tahan lama, boleh dibaiki, dinaik taraf, dan dikitar semula dengan lebih mudah.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • YouTube Ada Taktik Baru Tangani Pengguna Penyekat Iklan
  • Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Kini Lebih Pantas Dari Singapura

Sumber: European Commission

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY