Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Apnea Tidur, Alat Bantu Dengar Untuk Pengguna Malaysia

Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Apnea Tidur, Alat Bantu Dengar Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan Mac 26, 2025 · Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh Amalina Athman

Lebih awal daripada jangkaan, Apple kini menawarkan ciri baharu berkaitan kesihatan pendengaran dan tidur pada AirPods Pro 2 dan Apple Watch untuk pengguna di Malaysia, bermula hari ini.

Notifikasi Apnea Tidur

Menggunakan metrik baharu iaitu Breathing Disturbances, notifikasi apnea tidur (sleep apnea) kini tersedia di Apple Watch Series 10, Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 untuk pengguna di Malaysia.

Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Apnea Tidur, Alat Bantu Dengar Untuk Pengguna Malaysia

Buat pengetahuan, apnea tidur merupakan gangguan yang kerap berlaku di mana pernafasan terhenti seketika semasa tidur, dan menghalang tubuh daripada mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Jika tidak dirawat, apnea tidur boleh membawa kesan kesihatan jangka panjang, termasuk peningkatan risiko hipertensi, diabetes jenis 2, dan masalah jantung.

Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Apnea Tidur, Alat Bantu Dengar Untuk Pengguna Malaysia

Dengan menggunakan metrik Breathing Disturbances, ia mempunyai keupayaan untuk mengesan pergerakan halus di pergelangan tangan yang berkaitan dengan gangguan pola pernafasan normal semasa tidur.

Setiap 30 hari, Apple Watch akan menganalisis data gangguan pernafasan dan memberitahu pengguna sekiranya terdapat tanda-tanda konsisten apnea tidur tahap sederhana hingga teruk. Ini membolehkan pengguna berunding dengan doktor untuk langkah seterusnya, termasuk diagnosis dan rawatan yang sesuai.

Alat Bantu Dengar

Apple turut mengaktifkan ciri Alat Bantu Dengar (Hearing Aid) berkelas klinikal tanpa preskripsi dan Loud Sound Reduction pada AirPods Pro 2 untuk pengguna di Malaysia.

Melalui Ujian Pendengaran (Hearing Test) yang berasaskan pendekatan standard klinikal, iaitu pure-tone audiometry, pengguna boleh menjalankan ujian sendiri menggunakan AirPods Pro 2 bersama iPhone atau iPad yang serasi.

Ujian ini boleh dilakukan dengan mudah dalam tempoh kira-kira lima minit. Sebaik sahaja selesai, pengguna akan menerima ringkasan keputusan yang mudah difahami.

Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Apnea Tidur, Alat Bantu Dengar Untuk Pengguna Malaysia

Keputusan ini, termasuk audiogram, disimpan secara peribadi dan selamat dalam aplikasi Health, serta boleh dikongsi dengan penyedia penjagaan kesihatan untuk perbincangan yang lebih berinformasi.

Selain itu, AirPods Pro 2 kini mempunyai sokongan Alat Bantu Dengar tanpa preskripsi untuk pengguna yang kehilangan pendengaran tahap ringan hingga sederhana.

Menggunakan profil pendengaran peribadi daripada ujian pendengaran, ciri ini secara automatik mengubah AirPods Pro 2 menjadi alat bantu dengar berkelas klinikal.

Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Apnea Tidur, Alat Bantu Dengar Untuk Pengguna Malaysia

Selepas ditetapkan, ciri ini membolehkan pelarasan dinamik secara peribadi, meningkatkan bunyi di sekeliling pengguna dalam masa nyata. Ini membantu mereka berkomunikasi dengan lebih baik dalam perbualan serta kekal berhubung dengan orang sekeliling dan persekitaran.

Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Apnea Tidur, Alat Bantu Dengar Untuk Pengguna Malaysia

Dengan kualiti audio AirPods Pro, profil pendengaran peribadi pengguna digunakan secara automatik untuk muzik, filem, permainan, dan panggilan telefon merentas semua peranti tanpa perlu menukar sebarang tetapan. Pengguna juga boleh menyediakan ciri Alat Bantu Dengar menggunakan audiogram yang dihasilkan oleh pakar kesihatan pendengaran.

Berkaitan

  • Aplikasi Apple Watch Untuk Kesan Pradiabetes Sedang Dibangunkan
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Terima Kelulusan MDA, Ciri Notifikasi Sleep Apnea Pada Apple Watch Dijangka Hadir Tak Lama Lagi
  • Bloomberg: Apple Watch Akan Datang Mungkin Dilengkapi Kamera Dengan Ciri Apple Intelligence

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY