Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Ultra 2_

Aplikasi Apple Watch Untuk Kesan Pradiabetes Sedang Dibangunkan

Diterbitkan Oktober 28, 2024 oleh Aminuddin Ahmad

Apple Watch sedia ada memang sudah disertakan dengan beberapa ciri kesihatan seperti kadar oksigen dalam darah, ECG, pengesanan apnea, ritma degupan jantung yang tidak normal, kemalangan dan lain-lain.

Apple Watch_blood oximeter

Terbaru, Bloomberg melaporkan bahawa Apple sedang membangunkan aplikasi untuk peranti jam pintar mereka khas untuk mengesan kadar kandungan gula dalam darah si pemakai.

Ciri ini kelak dikatakan mampu mendiagnos mereka yang berada dalam tahap pradiabetes dan yang berisiko untuk menghidap kencing manis atau diabetes jenis 2.

Menurut sumber, fasa ujian yang melibatkan kakitangan Apple sendiri telah membuahkan kejayaan setakat ini, justeru berkemungkinan ada dibawa ke fasa-fasa ujian seterusnya dan akhir sekali jika berjaya, akan dimuatkan dalam Apple Watch yang akan datang, seawal-awalnya tahun depan.

apple watch ultra 2

Seandainya ciri ini dikomersilkan kelak, ini membolehkan pengguna awam untuk memantau kadar kandungan darah dengan sangat mudah, tanpa sakit dan lantas mampu melonjakkan penjualan Apple Watch ini sendiri.

Untuk makluman, ciri-ciri kesihatan pada peranti elektronik perlu mendapat lesen daripada badan kesihatan negara masing-masing.

apple watch ultra 2_3

Di Malaysia, organisasi yang bertanggungjawab meluluskan ciri ECG dan lain-lain pada peranti seperti Galaxy Watch, Huawei Watch, Apple Watch ialah Medical Device Authority (MDA) yang beribu pejabat di Cyberjaya.

MDA merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berbalik kepada laporan berkenaan Apple Watch tadi,  ia juga dikatakan akan membenarkan pengguna untuk merekodkan makanan yang diambil pengguna dan akan mencadangkan juadah seterusnya bagi memastikan kadar glukosa yang stabil.

Sumber: Bloomberg

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY