Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Series 10_kredit Apple YouTube

Bloomberg: Apple Watch Akan Datang Mungkin Dilengkapi Kamera Dengan Ciri Apple Intelligence

Diterbitkan Mac 24, 2025 ยท Dikemas kini Mac 24, 2025 oleh Amalina Athman

Dalam usaha menjadikan Apple Watch sebagai peranti boleh pakai berasaskan AI, Apple dilapor sedang membangunkan beberapa versi model dengan kamera terbina, yang dijangka dilancarkan seawal 2027.

Menurut Mark Gurman dalam buletin Power On Bloomberg, Apple merancang ciri ini untuk kedua-dua model Apple Watch Series dan Ultra.

Bagi Apple Watch Series, kamera akan diintegrasikan dalam skrin, sama seperti iPhone. Namun, belum jelas sama ada ia akan menggunakan teknologi bawah skrin atau memerlukan potongan khas untuk kamera.

Untuk model Ultra, kamera dikatakan akan diletakkan di bahagian sisi jam, bersebelahan dengan Digital Crown dan butang sisi. Kemungkinan besar, Apple mengambil pendekatan ini kerana terdapat lebih banyak ruang untuk dimanfaatkan. Menurut Gurman, ia juga akan memudahkan pengguna menghalakan pergelangan tangan untuk mengimbas sesuatu.

Gurman tidak menjangkakan kamera pada Apple Watch akan digunakan untuk FaceTime. Sebaliknya, kamera ini mungkin menyertakan keupayaan Visual Intelligence.

Melalui Visual Intelligence, ia membolehkan pengguna mendapatkan maklumat pantas mengenai objek atau tempat di sekeliling mereka. Contohnya, mereka boleh menghalakan Apple Watch ke arah restoran untuk melihat waktu operasi atau penilaian pelanggan ketika melaluinya.

Berkaitan

  • Apple Watch Akan Datang Mungkin Dimuatkan Dengan Touch ID Dan Kamera Bawah Paparan
  • Apple Watch Ultra 2025 Akan Dapat Menghantar Teks Melalui Satelit - Mark Gurman
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Terima Kelulusan MDA, Ciri Notifikasi Sleep Apnea Pada Apple Watch Dijangka Hadir Tak Lama Lagi

Gambar utama: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY