Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terima Kelulusan MDA, Ciri Notifikasi Sleep Apnea Pada Apple Watch Dijangka Hadir Tak Lama Lagi

Terima Kelulusan MDA, Ciri Notifikasi Sleep Apnea Pada Apple Watch Dijangka Hadir Tak Lama Lagi

Diterbitkan Januari 10, 2025 · Dikemas kini Januari 10, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini telah menerima kelulusan untuk melancarkan ciri notifikasi Sleep Apnea (SANF) atau Apnea Tidur pada Apple Watch di Malaysia.

Mula dilaporkan oleh Xavier Naxa, penyenaraian di laman web Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) menunjukkan ciri notifikasi apnea tidur itu telah menerima kelulusan bertarikh 2 Januari 2025.

Apple Sleep Apnea

Buat pengetahuan, apnea tidur merupakan gangguan yang berpotensi serius di mana pernafasan seseorang terhenti berulang kali semasa tidur. Ia boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana atau teruk berdasarkan kepada jumlah apnea dan kadar pernafasan yang rendah (hypopnea) dalam setiap jam.

Untuk mengesan apnea tidur, Apple Watch menggunakan accelerometer untuk memantau pergerakan kecil di pergelangan tangan yang dikaitkan dengan gangguan dalam corak pernafasan normal, diukur dengan metrik Apple Watch yang dipanggil Breathing Disturbances.

Menurut Apple, algoritma notifikasi apnea tidur telah dibangunkan menggunakan pembelajaran mesin lanjutan dan set data ujian apnea tidur gred klinikal yang meluas. Ciri ini bertujuan untuk kegunaan over-the-counter (OTC) oleh orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang tidak pernah menerima diagnosis apnea tidur sebelum ini.

Sehingga September 2024, ciri notifikasi ini telah tersedia di lebih 150 negara. Walaupun belum dapat dipastikan bila sokongan SANF akan diaktifkan di Malaysia, namun dijangkakan ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Apple Watch Series 10, Rekaan Lebih Nipis Dan Skrin Lebih Besar
  • Aplikasi Apple Watch Untuk Kesan Pradiabetes Sedang Dibangunkan
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Apple Watch Ultra 2025 Akan Dapat Menghantar Teks Melalui Satelit - Mark Gurman

Sumber: MDA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY