Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sleep apnea apple watch malaysia_1

Ciri Notifikasi Sleep Apnea Di Malaysia Mungkin Hadir Seawal watchOS 11.5

Diterbitkan Mac 24, 2025 · Dikemas kini Mac 24, 2025 oleh Amalina Athman

Pada awal Januari lalu, Apple menerima kelulusan untuk melancarkan ciri notifikasi Sleep Apnea (SANF) atau Apnea Tidur pada Apple Watch di Malaysia.

Namun, ketika itu, peranti yang menyokong ciri ini belum disenaraikan secara terperinci. Kini, laman Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) telah mengemas kini maklumat dengan menyenaraikan dua Device Identifier (DI) yang dikaitkan dengan ciri SANF.

sleep apnea apple watch malaysia

Walaupun nombor-nombor ini tidak secara langsung merujuk kepada model Apple Watch tertentu, ia menunjukkan bahawa Apple sedang bersiap sedia untuk melancarkan ciri ini di Malaysia.

Untuk makluman, ciri SANF hanya menyokong Apple Watch Series 9, Watch Ultra 2, atau model lebih baharu.

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi mengenai pengenalan ciri SANF dalam watchOS 11.4 beta 4, dan tiada laporan menunjukkan iOS 18.4 beta menyokong ciri ini bagi pengguna di Malaysia. Oleh itu, kemungkinan besar ia hanya akan tersedia seawal watchOS 11.5 atau versi seterusnya.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Apple Watch Ultra 2025 Akan Dapat Menghantar Teks Melalui Satelit - Mark Gurman
  • Terima Kelulusan MDA, Ciri Notifikasi Sleep Apnea Pada Apple Watch Dijangka Hadir Tak Lama Lagi
  • Bloomberg: Apple Watch Akan Datang Mungkin Dilengkapi Kamera Dengan Ciri Apple Intelligence

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY