Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple RCS

Apple Akhirnya Mengalah, iPhone Akan Sokong RCS Tahun Depan

Diterbitkan November 17, 2023 · Dikemas kini November 20, 2023 oleh Amalina Athman

Jika anda masih ingat, CEO Apple Tim Cook pada tahun lalu telah menyatakan pendiriannya mengenai RCS. Sehinggakan apabila ditanya, beliau memberikan respons “belikan mak kamu iPhone”.

Agak mengejutkan, Apple kini mengumumkan bahawa ia akan mengguna pakai standard pemesejan RCS melalui kemas kini perisian pada tahun depan.

Berkaitan

  • Apa Itu RCS Dan Kenapa Google Desak Apple Untuk Gunakannya
  • Selepas Google, Kini Samsung Pula Ejek Apple Mengenai 'Bubble' Hijau
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Dalam kenyataan kepada 9to5Mac, wakil Apple mengatakan syarikat itu percaya RCS akan menawarkan kesalingoperasian yang lebih baik berbanding SMS atau MMS.

Later next year, we will be adding support for RCS Universal Profile, the standard as currently published by the GSM Association. We believe RCS Universal Profile will offer a better interoperability experience when compared to SMS or MMS. This will work alongside iMessage, which will continue to be the best and most secure messaging experience for Apple users.

Menurut Apple, RCS “will work alongside iMessage” dan meningkatkan komunikasi antara pengguna iPhone dan Android. iMessage akan terus menjadi platform pemesejan default antara pengguna iPhone, dengan RCS berfungsi sebagai alternatif kepada standard SMS dan MMS sedia ada.

Bermakna, Apple tidak membuka iMessage kepada platform lain. Sebaliknya, ia akan mengguna pakai RCS secara berasingan daripada iMessage.

Desakan pesaing dan pengawal selia

RCS atau Rich Communication Services merupakan protokol komunikasi yang diterima pakai oleh Google. Pengeluar dan carrier telefon pintar di seluruh dunia telah menggunakan RCS, tetapi Apple menentang penggunaannya.

Pelbagai cara digunakan Google untuk mendesak Apple menerima RCS, termasuk melalui kempen iklan ‘bubble’ hijau-biru dan sebagainya. Tidak hanya Google, Samsung baru-baru ini turut melakukan perkara yang sama.

Keputusan itu dibuat dalam keadaan Apple menerima tekanan daripada pihak pengawal selia serta pesaing seperti Google dan Samsung. Pengumuman itu juga hadir pada minggu yang sama Nothing mengumumkan Nothing Chats, yang dikatakan iMessage untuk Android.

Dalam pada itu, Apple juga sedang bersedia untuk membaik pulih perisian iPhone dan iPadnya di EU bagi memenuhi keperluan daripada Akta Pasaran Digital (DMA).

Sumber: 9to5Mac

Gambar utama: Apple Track

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY