Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Ingat tak dulu-dulu kita diperkenalkan dengan sebuah jenama telefon bimbit yang cukup keras dan tahan lasak. Namun, telefon tersebut sudah tiada dan tinggal kenangan sahaja.

Akan tetapi siapa sangka, peranti sebegitu sebenarnya dah kembali wujud pada era moden ini.



Walaupun telefon itu cukup keras dan tahan lasak tetapi harganya tak keras. Peranti yang dimaksudkan itu adalah HONOR X9b 5G.

Ia bukan setakat tahan lasak dan cukup keras dari segenap sudut, HONOR X9b juga mampu bertahan daripada peluru paint ball.

Kapsyen: HONOR X9b

Tak Pecah Walaupun Terjatuh Daripada Motosikal


HONOR X9b ini adalah sebuah peranti yang begitu tahan lasak daripada segenap penjuru hingga menjadi telefon pertama yang menerima pengiktirafan Five-Star Overall Drop Resistance daripada SGS, Switzerland.

Selain itu, peranti terbaru HONOR ini dilengkapi HONOR Ultra-Bounce Technology dan juga bahan kusyen inovatif yang mampu menyerap hingga 1.2 kali impak ketika jatuh.

Jadi, anda boleh bersenang-lenang tanpa perlu risau sekiranya HONOR X9b ini terjatuh ketika anda menunggang motosikal atau dalam apa-apa jua situasi sekali pun.

Tak cukup lagi, HONOR menawarkan waranti Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari untuk skrin depan dan kaca kamera belakang HONOR X9b ini - tempoh itu adalah 2 kali ganda lebih lama berbanding waranti yang ditawarkan oleh HONOR X9a sebelum ini.



Maksudnya, jika kaca skrin depan atau kaca kamera belakang fon ini retak dalam tempoh 365 hari selepas dibeli, ia akan digantikan secara percuma. Dan HONOR adalah satu-satunya jenama dalam pasaran yang menawarkan waranti sebegitu.

Tapi, adakah HONOR X9b ini hanya sekadar sebuah telefon yang lasak sahaja?

Tidak, sebab ia juga dilengkapi spesifikasi yang kompetitif dalam kelasnya.

Peranti Dengan Spesifikasi Yang Diingini


HONOR X9b adalah peranti pertama yang dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1 4nm daripada Qualcomm, dan memori RAM LPDDR4X hingga kapasiti 20GB (12GB + 8GB) melalui ciri HONOR RAM Turbo.



Yang menariknya lagi, peranti ini dilengkapi storan UFS 3.1 berkapasiti 256GB yang memberikan kelajuan 2 kali ganda lebih pantas daripada storan jenis UFS 2.2 yang digunakan oleh kebanyakan pesaingnya yang lain.

Berbanding yang lain, HONOR adalah nama jenama yang memberikan kualiti skrin antara yang terbaik dan paling menjaga mata dalam pasaran.



Hal ini demikian kerana skrin HONOR X9b mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland Hardware-Level Low Blue Light - yang meminimumkan pengeluaran cahaya biru daripada paparan.



Dengan ciri Dynamic Dimming, Circadian Night Display dan 1920Hz PWM Dimming, ia dapat mengurangkan keletihan pada mata anda walaupun setelah digunakan dalam tempoh masa yang lama.

Peranti HONOR ini mempunyai skrin AMOLED 6.78" beresolusi 1.5K Retina Resolution Display yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 1200 nits.

Bateri Besar, Kamera Ada Ciri ‘Flagship’


Tidak lupa juga, peranti HONOR ini disokong bateri berkapasiti 5,800mAh yang merupakan saiz paling besar dalam kelasnya. Oleh itu, ia tidak menjadi masalah untuk anda menggunakan HONOR X9b ini dari waktu pagi hingga ke petang, terutamanya golongan food delivery rider.

Kapsyen: Nipis Walaupun Mempunyai Kapasiti Bateri Besar


Tambahan lagi, bateri yang digunakan HONOR adalah jenis yang mempunyai ketumpatan tenaga tinggi. Dalam bahasa mudah, ia mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasitinya walaupun selepas melalui 1,000 kitaran pengecasan.



Di samping itu, HONOR X9b hadir dengan sensor kamera utama - 108MP 1/1.67 inci dengan bukaan besar, f/1.75 yang dapat hasilkan gambar yang lebih jelas, cantik dan bergaya.

Tambahan lagi, peranti ini juga dilengkapi ciri-ciri kamera kelas andalan siri HONOR Magic5 seperti Motion Sensing Capture dan Falcon Capture.

Pratempah Sekarang Dan Miliki Pelbagai Hadiah Menarik


HONOR X9b menawarkan 3 pilihan warna menarik dalam rekaan yang premium - Sunrise Orange, Vegan Leather, Titanium Silver dan Midnight Black. Selain itu, modul kamera peranti ini juga diilhamkan daripada rekaan telefon pintar HUAWEI Mate 50 Pro.



Anda boleh memiliki telefon pintar paling kukuh, kuat dan tahan lasak dalam dalam kemasan kulit premium, HONOR X9b pada harga RM1,499 sahaja. 

Menariknya lagi, anda boleh membuat pratempah HONOR X9b bermula 1 hingga 9 November dan bakal memiliki hadiah percuma yang bernilai hingga RM978 - seperti HONOR CHOICE MOECEN  band, HONOR Earbuds X5 fon telinga Bluetooth dan 365 Days Front & Back Crack Replacement. 



Jadi, tak perlu tunggu lagi, dapatkan HONOR X9b sekarang.

https://youtu.be/5yanLyeZo4Y?si=uYTL9gGEOMDAWFyU

*artikel ini dibawakan HONOR Malaysia