Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google rcs apple

Selepas Google, Kini Samsung Pula Ejek Apple Mengenai ‘Bubble’ Hijau

Diterbitkan Oktober 12, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak tahun lalu, Google telah melancarkan kempen bagi mendesak Apple untuk beralih ke RCS. Pelbagai cara dilakukan untuk menekan Apple, termasuk mengeluarkan iklan yang mengatakan iPhone “lapuk” dengan penggunaan teks SMS/MMS dan sebagainya.

Mengikuti langkah Google, Samsung kini turut mengeluarkan iklan bagi menyokong kempen itu.

Berkaitan

  • Google Salahkan Apple, Pengguna iMessage Geli Dengan Rakan Hantar 'Bubble' Hijau
  • Apa Itu RCS Dan Kenapa Google Desak Apple Untuk Gunakannya
  • Ditanya Mengenai Penggunaan RCS Pada iMessage, Ini Jawapan Tim Cook

Iklan berdurasi 30 saat itu, yang bertajuk “Green bubbles and blue bubbles want to be together”, menunjukkan perbualan gaya Romeo dan Juliet antara dua pengguna yang ingin bersama, tetapi dipisahkan oleh ibu bapa mereka.

Secara jelas, ‘bubbles’ itu merujuk kepada antara muka iMessage yang menunjukkan buih biru bagi mesej yang dihantar antara pengguna iOS, dan buih hijau yang menandakan ia sebuah teks SMS biasa, daripada pengguna Android.

Bagi negara yang kurang menggunakan iMessage, ia mungkin dianggap bukan masalah besar. Namun, sistem dua kelas ini menjadi isu bagi negara seperti Amerika Syarikat, yang mana kira-kira separuh penduduk menggunakan iPhone dan separuh lagi menggunakan Android.

Berbanding WhatsApp atau aplikasi pemesejan lain, pengguna di AS lebih banyak menggunakan iMessage atau aplikasi pemesejan terbina yang ada di peranti mereka.

RCS, iMessage dan Apple

Bagi yang belum tahu, RCS (Rich Communication Services) merupakan protokol komunikasi antara peranti dan telekomunikasi untuk penghantaran mesej yang lebih terkini. Ia mempunyai ciri hampir sama seperti iMessage, tetapi menawarkan sokongan lebih baik serta boleh digunakan merentas kedua-dua peranti iOS dan Android.

Bagaimanapun, Apple tidak mahu mengguna pakai RCS pada iMessage dan menyatakan ia merupakan sumber ekosistem terbesar mereka. Tambahan pula, ia tidak memberi keuntungan kepada mereka jika beralih ke RCS.

Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) kini sedang menyiasat sama ada iMessage memenuhi syarat untuk dianggap sebagai “perkhidmatan platform teras” di bawah Akta Pasaran Digital (DMA). Jika tersenarai, Apple mungkin terpaksa membuka perkhidmatan pemesejannya dan menawarkan kesalingoperasian dengan perkhidmatan pemesejan lain.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY