Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Chats_4

Nothing Umum Aplikasi iMessage Versi Android

Diterbitkan November 15, 2023 · Dikemas kini November 15, 2023 oleh Amalina Athman

Bagi menyelesaikan isu ‘bubble’ biru-hijau, Nothing hari ini mengumumkan aplikasi “Nothing Chats” baharu yang mempunyai keupayaan iMessage.

Berkaitan

  • Nothing Phone (2) Rasmi - Snapdragon 8+ Gen 1, Panel Belakang Melengkung
  • Nothing Phone (2) Rasmi Di Malaysia Serendah RM2,999
  • (Ulasan) Nothing Phone (2) - Kedua Pasti Lebih Baik, Aku Yakin Itu
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Nothing Chats dikuasakan oleh platform pemesejan Sunbird dan masih dalam fasa Beta. Menurut Nothing,

If messaging services are dividing phone users, then we want to break those barriers down.

Tidak hanya berupaya menukarkan buih hijau kepada biru, CEO Nothing Carl Pei menjelaskan aplikasi ini menyokong perkongsian media dalam resolusi penuh, pemesejan individu, sembang berkumpulan, nota suara dan sebagainya.

Nothing Chats

Untuk menggunakan Nothing Chats dengan keupayaan iMessage, pengguna boleh memuat turun aplikasi melalui Google Play Store.

Kemudian, hanya perlu log masuk Apple ID sedia ada, atau buat akaun baharu untuk mula menghantar dan menerima mesej dengan buih biru seperti iMessage.

Nothing Chats_1

Menurut Nothing, aplikasi ini mempunyai penyulitan hujung ke hujung, selaras dengan dasar privasi Sunbird. Sunbird akan menyimpan akaun e-mel pengguna hanya selagi mereka aktif. Sekiranya tidak aktif, maklumat akaun pengguna akan dipadamkan selepas dua minggu.

Bring on the blue bubbles.

We believe in windows, not walls. If messaging services are dividing phone users, then we want to break those barriers down.

So… we've developed iMessage compatibility for your Phone (2). pic.twitter.com/kArTGfXlQO

— Nothing (@nothing) November 14, 2023

Buat masa ini, aplikasi Nothing Chats akan tersedia kepada pengguna Phone (2) di AS, Kanada, UK dan negara Eropah lain bermula 17 November 2023.

  • Beli produk Nothing di Shopee: https://invl.io/clk94hn
  • Beli produk Nothing di Lazada: https://invol.co/clk94hk

Sumber: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY