Walau bagaimanapun, standard yang agak baru dalam sistem pemesejan telah mula muncul beberapa tahun kebelakangan ini yang dipanggil RCS (Rich Communication Services), dilihat cuba menggantikan standard SMS yang digunakan iMessage.
{suggest}
Berikutan itu, Google telah melancarkan kempen melalui laman web khusus Get The Message serta tanda pagar #GetTheMessage di Twitter. Ia bertujuan bagi mendesak Apple untuk beralih ke RCS.
https://twitter.com/Google/status/1557049256720175104
Apa itu RCS?
RCS atau Rich Communication Services merupakan protokol komunikasi antara peranti dan syarikat telekomunikasi untuk penghantaran mesej yang lebih terkini serta sokongan penghantaran multimedia tanpa menggunakan kredit.
Dalam erti kata lain, RCS mempunyai ciri seakan sama seperti iMessage. Namun, ia menawarkan lebih banyak sokongan serta boleh digunakan merentas kedua-dua peranti iOS dan Android. Tidak seperti iMessage yang terhad kepada sokongan iPhone atau Mac sahaja.
Kenapa Google desak Apple untuk guna RCS?
Perkara ini bukanlah semata-mata kerana perbezaan warna buih atau bubble antara iPhone dan Android. Menurut Google, Apple menjadikan teks mesej yang dihantar antara iPhone dan Android kepada SMS dan MMS, iaitu teknologi yang dianggap sudah lapuk.

Gambar atau video yang dihantar ke Android akan menjadikannya kabur dan tidak berkualiti disebabkan Apple masih menggunakan SMS/MMS untuk menghubungkan komunikasi pemesejan antara Android dan iPhone.
Tidak hanya itu, video dan gambar juga gagal dihantar apabila Wi-Fi diaktifkan. Hanya ketika data mudah alih diaktifkan, baru ia membenarkan mesej bergambar dihantar kepada peranti Android.
Tambah Google, SMS dan MMS juga tidak mempunyai sokongan keselamatan end-to-end encryption atau penyulitan hujung ke hujung. Turut dibangkitkan, iPhone membuatkan pemesejan dengan peranti Android menjadi sukar disebabkan penggunaan tulisan berwarna putih pada latar belakang hijau yang terang.
Antara lain yang menjadi isu termasuk ketiadaan read receipt dan petunjuk mesej sedang ditaip.
Apa kata Apple?
Bagi Apple pula, iMessage merupakan sumber ekosistem terbesar mereka. Ianya tidak memberi keuntungan kepada mereka jika mengguna pakai RCS. Pemfailan mahkamah pada tahun lalu turut menunjukkan bahawa Apple tidak mahu membangunkan iMessage untuk Android kerana ia akan merugikan syarikat, berbanding membantunya.
Tambahan pula, pengguna masih mempunyai pilihan lain untuk berhubung merentas kedua-dua peranti iOS dan Android. Antaranya termasuk menggunakan aplikasi WhatsApp, Telegram dan sebagainya.
Dengan itu, tidak mungkin kempen baharu Google ini akan menjadi faktor yang mendorong Apple untuk mengguna pakai RCS.
Sumber: Android, Tech Crunch
Berkaitan
- Apple Dijangka Menggunakan Modem Snapdragon X60 Pada iPhone Tahun Hadapan
- Tiada Kemaskini Aplikasi Google Di App Store Sejak Apple Perkenal Label Privasi Baru
- Sebilangan 'Power Bank' USB-C Dilapor Tak Boleh Cas iPhone 15
- Apple Melepaskan iOS 14 Beta Kepada Umum
- Sokongan WhatsApp Ditamatkan Untuk iPhone Dengan iOS 9
- Kuo: Populariti iPhone 14 Pro Max Mungkin Dorong Apple Hasilkan Lebih Banyak Perbezaan Antara iPhone 15 Pro dan Pro Max
- Belum Pernah Dibuka Kotak, iPhone Generasi Pertama Dilelong Lebih RM158,000
- YouTube Kini Menyekat Mod Picture in Picture Melalui Pelayar Pada iOS 14
- Google Sahkan Paparan Akses Mikrofon Di WhatsApp Adalah Pepijat Android
- Elon Musk Pernah Ingin Menjual Tesla Kepada Apple, Namun Tim Cook Tidak Berminat