Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Gemini Kini Tersedia Untuk Windows

Aplikasi Gemini Kini Tersedia Untuk Windows

Diterbitkan September 11, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini melancarkan aplikasi Gemini khusus untuk Windows, membolehkan pengguna mendapatkan bantuan AI terus dari desktop tanpa perlu meninggalkan tugasan yang sedang dilakukan.

Berbeza daripada menggunakan Gemini melalui pelayar, aplikasi desktop ini direka untuk digunakan bersama aplikasi lain pada PC. Pengguna boleh menekan pintasan Alt + Space pada bila-bila masa untuk membuka Gemini terus di atas aplikasi yang sedang digunakan.

Melaluinya, pengguna boleh menyemak fakta dalam dokumen, mendapatkan idea tajuk untuk pembentangan atau mendapatkan bantuan bagi tugasan yang sedang dilakukan, sebelum kembali meneruskan kerja seperti biasa.

The Gemini app is now available for Windows.

Stay in your flow with help that’s only one shortcut away. Press Alt + Space to polish drafts, summarize long documents, brainstorm new ideas, and create custom images and videos right alongside your favorite tools and daily apps.

— Google Gemini (@GeminiApp) September 10, 2026

Selain akses pantas tersebut, aplikasi ini turut menyediakan ruang khusus untuk tugasan yang memerlukan lebih banyak langkah. Pengguna boleh menyerahkan tugasan kepada Gemini Spark, ejen AI peribadi Google, atau meminta Gemini menyediakan ringkasan projek berdasarkan maklumat daripada aplikasi seperti Gmail dan Google Drive.

Untuk tugasan kreatif, pengguna juga boleh menjana imej tersuai menggunakan Nano Banana atau menghasilkan video menggunakan Gemini Omni terus melalui aplikasi Gemini untuk Windows.

Google menyatakan aplikasi Gemini ini ringan dan boleh digunakan tanpa memperlahankan PC. Lebih banyak keupayaan khusus untuk desktop juga akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Aplikasi Gemini untuk Windows kini tersedia secara global bagi Windows 10 dan Windows 11. Pengguna boleh memuat turunnya melalui gemini.google/desktop.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengguna Gemini Kini Boleh Matikan 'Watermark' Pada Imej, Video Dan Muzik AI
  • Google Lancar Gemini 3.8 Flash, Keluaran Flash Ketiga Dalam Enam Minggu
  • Google Gemini Kini Boleh Jana Muzik Dengan Lyria 3.5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY