Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lyria 3.5 dalam Gemini

Google Gemini Kini Boleh Jana Muzik Dengan Lyria 3.5

Diterbitkan September 7, 2026 · Dikemas kini September 7, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini membawa Lyria 3.5 ke dalam aplikasi Gemini, membolehkan pengguna menjana muzik dengan lebih banyak pilihan dari segi genre, gaya vokal serta panjang lagu.

Lyria 3.5 merupakan model penjanaan muzik Google yang menawarkan vokal lebih ekspresif, susunan muzik lebih kaya dan hasil dengan fideliti lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Dalam Gemini, pengguna boleh memilih atau menerangkan sendiri genre muzik yang diinginkan, sebelum menentukan sama ada mahu menghasilkan lagu dengan vokal atau dalam versi instrumental.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/09/07114527/Google_Gemini_-_Create_your_best_tracks_yet_with_Lyria_3.5_in_Gemini____Our_most_adv_3ASEqo.mp4

Google turut memperkenalkan beberapa templat baharu yang boleh digunakan sebagai proses awal untuk menghasilkan muzik mengikut keperluan tertentu.

Satu lagi tambahan ialah pilihan untuk menjana muzik yang pendek atau lebih panjang. Ini memberi pengguna lebih banyak fleksibiliti ketika menghasilkan muzik untuk kegunaan seperti video, lagu iklan untuk jenama (brand jingle) atau nada dering yang diperibadikan.

Ketersediaan

Lyria 3.5 tersedia kepada semua pengguna di seluruh dunia melalui web dan aplikasi mudah alih Gemini. Selain itu, model ini turut tersedia melalui Gemini API, Google Flow Music, serta Google AI Studio dan Google Vids.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Gemini Kini Boleh Bina Lagu Lengkap Hingga 3 Minit
  • Google Lancar Lyria 3.5 - Kualiti Vokal, Melodi Dan Lirik Kini Lebih Baik
  • Pengguna Gemini Kini Boleh Matikan 'Watermark' Pada Imej, Video Dan Muzik AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY