Apa Itu SOS Alert Dan Bagaimana Ia Boleh Diaktifkan Oleh Google?


Pada tahun 2017, Google telah memperkenalkan Google SOS Alert dengan maklumat berkaitan bencana atau krisis secara masa nyata (real-time). Namun, mungkin masih ramai yang tidak tahu apakah SOS Alert dan bagaimana fungsi ini boleh diaktifkan oleh Google dan seterusnya dipaparkan dalam Google Earth. Berikut adalah penjelasannya.

Apakah itu SOS Alert?


SOS Alert merupakan maklumat kecemasan dalam masa nyata (real-time) yang lebih mudah diakses ketika sesuatu bencana atau krisis terjadi. Kandungan yang relevan dan dipercayai dikumpul daripada agensi kerajaan, NGO, web, media sosial dan produk Google. Maklumat mengenai krisis tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam Google Search dan Maps.

Bergantung kepada jenis krisis dan lokasi, pengguna akan melihat kemas kini daripada pihak berkuasa tempatan, negara atau antarabangsa. Ianya termasuk maklumat seperti nombor telefon dan laman web kecemasan, peta, peluang untuk menderma dan sebagainya.

Bagaimana SOS Alert boleh diaktifkan?


Terdapat beberapa faktor yang diambil kira oleh Google untuk menentukan waktu yang sesuai untuk memaparkan sesuatu SOS Alert.

Sebagai contoh, Google awal tahun lalu telah mengaktifkan SOS Alert bagi carian berkaitan COVID-19. Antara lainnya termasuk sambungan internet di kawasan yang terjejas, ketersediaan kandungan rasmi daripada kerajaan serta organisasi berkuasa yang lain dan sebagainya.

Bagaimanapun, tidak semua krisis atau bencana akan dipaparkan dengan SOS Alert.

Cara untuk mendapatkan SOS Alert?


Jika anda berada berdekatan lokasi krisis atau bencana dan membuat carian perkataan yang berkaitan di Google, banner yang mengatakan terdapat krisis yang sedang berlaku, diikuti maklumat kecemasan seperti nombor telefon akan dipaparkan.

Apa Google SOS Alert

SOS Alert ini juga boleh dijumpai dengan membuat carian mengenai sesuatu bencana yang terjadi pada sesuatu masa. Maklumat yang diperolehi mungkin berbeza mengikut lokasi. Sebagai contoh, jika mereka yang lebih dekat melihat nombor telefon kecemasan, anda mungkin melihat pautan untuk menderma kepada tabung krisis tersebut.

Apa Google SOS Alert

Selain itu, SOS Alert boleh dilihat melalui Google Maps jika mana-mana isyarat diaktifkan di kawasan carian. Tekan sahaja pada ikon berkenaan dan maklumat krisis akan dipaparkan.

Akan tetapi, isyarat ini mungkin tidak dijumpai jika carian terlalu luas, maklumat masih dikumpul oleh Google atau Google tiada perancangan untuk melancarkan SOS Alert bagi bencana tersebut

Sumber: Google SOS Alert