Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cara hentikan notifikasi laman web

Peranti Dipenuhi Notifikasi Laman Web Dari Google Chrome? Ini Cara Hentikannya

Diterbitkan Mac 3, 2021 ยท Dikemas kini Mac 4, 2021 oleh Amalina Athman

Google Chrome merupakan antara pelayar popular yang sering digunakan untuk telefon pintar. Melalui Google Chrome, antara ciri yang berguna adalah memberikan kebenaran notifikasi dari laman web.

Peranti Dipenuhi Notifikasi Laman Web Dari Google Chrome? Ini Cara Hentikannya

Bagaimanapun, anda mungkin tersilap memberikan kebenaran untuk laman web tertentu menghantar notifikasi, yang menjadikan anda rimas dan rasa terganggu kerana menerima notifikasi yang terlalu kerap.

Sekiranya anda menerima notifikasi yang berterusan daripada laman web yang tidak diingini dan ingin menyekat atau mematikan fungsi ini, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.

Cara hentikan notifikasi laman web di Google Chrome

Untuk memulakannya, buka aplikasi Chrome pada telefon pintar atau tablet dan tekan pada ikon tiga titik di sebelah kanan. Kemudian, pilih “Settings” untuk ke langkah seterusnya.

Peranti Dipenuhi Notifikasi Laman Web Dari Google Chrome? Ini Cara Hentikannya

Setelah itu, tatal ke bawah dan pilih bahagian “Notification”.

Peranti Dipenuhi Notifikasi Laman Web Dari Google Chrome? Ini Cara Hentikannya

Sekali lagi anda perlu tatal ke bawah dan di bahagian “Sites”, matikan fungsi “Show Notifications” jika anda ingin menyekat notifikasi dari semua laman web.

Untuk menyekat notifikasi dari laman web tertentu, pilih salah satu senarai laman web dan di bahagian “Show Notifications”, matikan fungsi ini.

Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan berhubung tips ini atau tips yang lain.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY