Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android

Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android

Diterbitkan Februari 8, 2024 · Dikemas kini Februari 9, 2024 oleh Amalina Athman

Google hari ini mengumumkan Bard kini dikenali sebagai Gemini, iaitu bot sembang yang dikuasakan dengan ciri AI Generatif.

Seiring pengumuman itu, Google turut melancarkan aplikasi Gemini untuk pengguna Android, manakala laman web kini dengan pautan baharu gemini.google.com.

Berkaitan

  • Pengguna Lepas Ini Ada Pilihan Untuk Tutup Fungsi Bard Dalam Peranti
  • Google Bard Akhirnya Boleh Jana Gambar AI

Aplikasi Gemini di Android

Di peranti Android, sekiranya telah memuat turun aplikasi Gemini, pengguna boleh memilih untuk nyahaktifkan Google Assistant dan hanya menggunakan Gemini sebagai pembantu digital.

Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android

Untuk mengaksesnya, hanya perlu tekan aplikasi Gemini di skrin utama, tekan lama pada butang kuasa, leret bahagian sudut peranti tertentu, atau sebut “Hey Google”.

Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android

Panel overlay yang muncul membolehkan pengguna menaip, bercakap atau menambah foto. Sebagai contoh, pengguna boleh menjana kapsyen bagi gambar yang diambil atau dimuat naik. Contoh lain, bertanya mengenai artikel yang sedang dibaca.

Google mengatakan lebih banyak ciri suara Google Assistant akan tersedia melalui aplikasi Gemini – termasuk menetapkan pemasa, membuat panggilan serta mengawal peranti pintar di rumah. Google juga akan menyokong lebih banyak ciri untuk masa akan datang.

iOS

Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android
Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android
Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android
Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android

Untuk peranti iOS, pengguna boleh mengakses Gemini secara terus daripada aplikasi Google dalam beberapa minggu akan datang. Caranya, hanya perlu klik toggle Gemini dan pengguna boleh mengakses Gemini.

Ketersediaan Gemini

Bermula hari ini, Gemini dilancarkan pada telefon Android dan iOS di Amerika Syarikat dalam Bahasa Inggeris – dan akan tersedia sepenuhnya dalam beberapa minggu akan datang.

Mulai minggu depan, pengguna boleh mengakses di lebih banyak lokasi dalam Bahasa Inggeris, serta dalam bahasa Jepun dan Korea – dengan lebih banyak negara dan bahasa akan menyokongnya tidak lama lagi.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY