Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 8 Pro_

Google Perlihat Rekaan Pixel 8 Dan Pixel 8 Pro – Ini Yang Baharu

Diterbitkan September 8, 2023 · Dikemas kini September 8, 2023 oleh Amalina Athman

Menjelang pelancaran tidak lama lagi, Google secara rasmi kini memperlihat rekaan Pixel 8 dan Pixel 8 Pro.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Mungkin Pixel Akan Dapat Kemas Kini OS Lebih Lama Dari Samsung
  • Google Umum Acara Pelancaran Pixel 8 Pada 4 Oktober

Melalui video teaser, ia memperlihat rekaan yang sama seperti tertiris sebelum ini. Video selama 23 saat itu menampilkan rekaan Pixel 8 Pro dengan kemasan matte, bersama sensor suhu di bahagian belakang serta rekaan bar kamera baharu.

Jika sebelum ini, bar kamera mempunyai susunan 2+1, namun Pixel 8 Pro hadir dengan tetapan tiga lensa yang diletakkan dalam satu bar kamera yang sama.

Google Pixel 8 Pro_2
Pixel 8 Pro

Sementara itu, tidak banyak perubahan yang dilakukan pada model Pixel 8, sekurangnya-kurangnya dari segi rekaan yang dipamerkan.

Google Pixel 8_3
Google Pixel 8 Pro_b

Dari segi warna, Google mendedahkan kedua-dua model bakal hadir dengan pilihan warna baharu. Pixel 8 didatangkan dengan warna rose/salmon, manakala Pixel 8 Pro dengan warna Porcelain.

Google Pixel 8 Pro_3

Sebagai tambahan, video tersebut turut mengesahkan pra-pesanan akan tersedia sejurus pelancaran, iaitu bermula 4 Oktober 2023.

Dengan mendedahkan rekaan penuh siri Pixel 8, Google berkemungkinan mempunyai perkara lebih penting yang ingin ‘disajikan’ pada hari pelancaran kelak, terutamanya dari segi perisian dan ciri-ciri baharu.

Sementara itu, walaupun sudah diketahui tarikh ketersediaan siri Pixel 8, tetapi sayangnya sama seperti sebelum ini – ia tidak akan dijual secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=u_uap-98Knw

Sumber: Made by Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY