Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Lancar Ciri Seperti “Find My” Apple, Boleh Jejak Peranti Di Luar Talian

Google Lancar Ciri Seperti “Find My” Apple, Boleh Jejak Peranti Di Luar Talian

Diterbitkan April 9, 2024 · Dikemas kini April 9, 2024 oleh Amalina Athman

Google hari ini melancarkan ciri Find My Device serba baharu untuk peranti Android, seperti Find My yang digunakan pada peranti Apple. Ciri ini dilancarkan secara global, bermula di Amerika Syarikat dan Kanada.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Android 15 Dijangka Naik Taraf Ciri 'Find My Device', Telefon 'Mati' Pun Boleh Dijejaki

Rangkaian Find My Device menggunakan sumber khalayak atau crowdsourced dengan lebih satu bilion peranti yang menjalankan Android 9+, untuk menjejaki item yang hilang.

Sebelum ini, aplikasi Find My Device memerlukan peranti yang hilang untuk mempunyai sambungan internet. Kini, ia boleh berfungsi walaupun di luar talian dengan hanya menggunakan Bluetooth.

Sebagai tambahan, Pixel 8 dan 8 Pro juga boleh dijejaki walaupun jika peranti dimatikan atau kehabisan bateri.

Find My Device_2
Find My Device_5

Ciri ini akan tersedia untuk telefon dan tablet Android terlebih dahulu. Sementara sokongan untuk item harian seperti kunci, dompet, bagasi dengan tag penjejak Bluetooth pihak ketiga akan dilancarkan pada Mei.

Google juga akan menyediakan kemas kini untuk sokongan fon kepala daripada JBL, Sony dan lain-lain tidak lama lagi.

Find My Device_

Apabila tersedia kelak, pengguna juga boleh berkongsi aksesori dengan orang lain. Sebagai contoh, kongsi kunci rumah dengan keluarga, alat kawalan jauh TV dengan rakan sebilik atau bagasi dengan travel buddy. Ia bagi memudahkan sekiranya ada item yang hilang.

Find My Device_4

Dari segi keselamatan, Find My Device dikatakan mempunyai perlindungan berbilang lapisan bagi memastikan keselamatan pengguna dan maklumat peribadi. Ia termasuk penyulitan hujung-ke-hujung data lokasi serta pelaporan lokasi peranti terkumpul.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY