Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Photos editing AI

Pengguna iOS, Android Kelak Boleh Akses Ciri Berbayar Google Photos Secara Percuma

Diterbitkan April 15, 2024 · Dikemas kini April 15, 2024 oleh Amalina Athman

Google Photos menawarkan pelbagai ciri suntingan dikuasakan AI, termasuk Magic Editor, Photo Unblur dan Magic Eraser. Walau bagaimanapun, untuk menggunakannya ia memerlukan peranti Pixel atau langganan berbayar Google One.

Kini, Google mengumumkan beberapa ciri suntingan berasaskan AI akan tersedia kepada semua pengguna Google Photos, tanpa memerlukan langganan berbayar.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750
  • Google Lancar Ciri Seperti "Find My" Apple, Boleh Jejak Peranti Di Luar Talian
  • Google Lancar Pelayar Chrome Berbayar Pada Harga Langganan ~RM28/bulan

Bermula 15 Mei 2024, mana-mana pengguna Google Photos pada Android, iOS dan Chrome akan mempunyai akses kepada ciri suntingan di bawah, tanpa kos.

  • Magic Eraser
  • Unblur
  • cadangan langit
  • Color Pop
  • kesan khas HDR untuk gambar & video
  • Portrait blur
  • Portrait light
  • Tambah atau seimbangkan cahaya dalam Portrait light
  • Cinematic Photos
  • Suntingan Collage
  • Video Effects

Magic Eraser

Sebagai tambahan, semua pengguna juga boleh menggunakan Magic Editor secara percuma sebanyak 10 kali simpanan untuk setiap bulan.

Google Photos MAGIC EDITOR

Setelah itu, pengguna perlu sama ada menaik taraf kepada pelan Google One Premium 2 TB ke atas atau menjadi pengguna Pixel untuk terus menyimpan suntingan yang dibuat menggunakan Magic Editor melebihi had tersebut.

Untuk menggunakan beberapa ciri berkenaan, ia memerlukan peranti dengan sekurang-kurangnya 3GB RAM serta Android 8.0 atau iOS 15 dan ke atas.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY