Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal Passkeys Untuk Log Masuk Akaun, Ini Caranya

Google Perkenal Passkeys Untuk Log Masuk Akaun, Ini Caranya

Diterbitkan Mei 4, 2023 ยท Dikemas kini Mei 4, 2023 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenal Passkeys, iaitu cara lebih mudah dan selamat untuk log masuk ke aplikasi dan laman web.

Berkaitan

  • Tak Perlu Aplikasi Tambahan, Ini Cara Mudah Buat 'Sticker' WhatsApp Untuk iOS
  • Cara Letak Widget TNG eWallet Pada 'Lock Screen' iPhone Untuk Mudahkan Pembayaran Di Kedai
  • Chrome Bakal Gantikan Ikon Kunci HTTPS Dengan Rekaan Baharu

Sebagai langkah ke arah “passwordless future“, Google melancarkan sokongan untuk Passkeys merentasi akaun Google pada semua platform utama. Ianya akan menjadi pilihan tambahan yang boleh digunakan oleh pengguna untuk log masuk.

Apa itu Passkeys?

Bagi yang belum tahu, Passkeys merupakan cara baharu untuk log masuk ke aplikasi dan laman web. Ianya dikatakan lebih mudah digunakan dan selamat berbanding kata laluan.

Google Perkenal Passkeys Untuk Log Masuk Akaun, Ini Caranya

Dengan itu, pengguna tidak perlu bergantung kepada kata laluan, yang adakalanya sukar diingati, terlupa dan sebagainya.

Sebaliknya, log masuk boleh dilakukan dengan hanya menggunakan pengesahan biometrik seperti imbasan cap jari, imbasan muka atau kod PIN peranti.

Keperluan untuk tetapan Passkeys

Terlebih dahulu, perlu diketahui ciri ini dilepaskan secara berperingkat serta memerlukan peranti yang menjalankan sistem operasi dan versi pelayar seperti berikut:

  • Google: Android 9, Chrome 109 dan terbaharu
  • Apple: iOS 16/macOS Ventura, Safari 16 dan terbaharu
  • Microsoft: Windows 10 dan terbaharu, Edge 109+

Selain itu, untuk menggunakan Passkeys, peranti anda mesti mempunyai kunci skrin dan Bluetooth (jika ingin menggunakan passkey pada telefon untuk log masuk ke komputer lain).

Cara Tetapkan Passkeys Akaun Google

Seterusnya, ikut langkah di bawah untuk menetapkan PassKey.

1. Terlebih dahulu, pergi ke g.co/passkeys, dan log masuk akaun Google seperti biasa.

Google Perkenal Passkeys Untuk Log Masuk Akaun, Ini Caranya

2. Kemudian tekan pada Create a passkey > Continue. Seterusnya klik “Continue” pada bahagian pengesahan. Untuk Safari, Passkeys akan disimpan di dalam iCloud Chain.

Google Perkenal Passkeys Untuk Log Masuk Akaun, Ini Caranya
Google Perkenal Passkeys Untuk Log Masuk Akaun, Ini Caranya
iOS
Google Perkenal Passkeys Untuk Log Masuk Akaun, Ini Caranya
Android

3. Selanjutnya, tekan “Done”. Kemudian klik “Use passkeys” dan anda kini boleh menggunakan Passkey untuk log masuk.

Google Perkenal Passkeys Untuk Log Masuk Akaun, Ini Caranya

Selesai. Selepas ini, log masuk pada peranti boleh menggunakan imbasan cap jari, imbasan muka, kod PIN skrin kunci dan sebagainya.

Sumber: Google Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY