Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store Bolehkan Pengguna ‘Uninstall’ Aplikasi Peranti Yang Disambung

Google Play Store Bolehkan Pengguna ‘Uninstall’ Aplikasi Peranti Yang Disambung

Diterbitkan Disember 20, 2023 · Dikemas kini Disember 20, 2023 oleh Amalina Athman

Google kini mengeluarkan Play Store versi 38.8 dan menambah keupayaan untuk uninstall atau nyahpasang aplikasi dari jauh, daripada peranti yang disambungkan ke akaun yang sama. 

Menurut laman sokongan Google System Update, ciri nyahpasang ini sepatutnya tersedia untuk semua platform – telefon, tablet, Android Auto serta peranti Android TV, Google TV, Chrome OS dan Wear OS. 

Berkaitan

  • Gemini Diperkenal, AI Google Yang Paling Berkuasa
  • Buat Ini Kalau Bar Carian Google Play Store Hilang
  • Google Akan Mematikan Kuki Untuk 30 Juta Pengguna Chrome Pada 4 Januari 2024

Sebelum ini, pengguna hanya boleh memasang aplikasi pada peranti di bawah akaun Google yang sama, tetapi tidak mempunyai pilihan untuk memadam aplikasi tersebut.

Dengan ciri baharu ini, ia membolehkan pengguna menyahpasang aplikasi berkenaan.

Play Store remotely uninstall_2
Play Store remotely uninstall_3
Play Store remotely uninstall_4

Sebagai tambahan, pengguna kini boleh menyusun aplikasi mengikut nama dan saiz. Susunan mengikut saiz akan membantu pengguna melihat atau memadam aplikasi yang memakan ruang lebih banyak dengan mudah.

Perlu diketahui, versi baharu ini belum tersedia kepada semua pengguna, yang mana ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum menerima ciri terkini.

Sumber: thespandroid, via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY