Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel Fold_6

Telefon Boleh Lipat Pertama Google Kini Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM8,000

Diterbitkan Mei 11, 2023 · Dikemas kini Mei 11, 2023 oleh Amalina Athman

Menerusi acara Google I/O yang berlangsung sebentar tadi, Google secara rasmi memperkenal telefon boleh lipat pertamanya iaitu Pixel Fold.

Berkaitan

  • Pixel 7a Dilancarkan Dengan Naik Taraf Sistem Kamera

Spesifikasi

Pixel Fold_5

Langsung ke spesifikasinya, Pixel Fold dimuatkan dengan paparan skrin utama bersaiz 7.6-inci OLED dengan resolusi 2208 x 1840, nisbah 6:5 dan perlindungan Ultra Thin Glass. Apabila dilipat, skrin di luar mempunyai saiz 5.8-inci OLED yang mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass Victus dengan resolusi FHD+ dan nisbah 17.4:9.

Pixel Fold_1a

Kedua-dua skrin didatangkan dengan Smooth Display yang menyokong kadar penyegaran sehingga 120Hz.

Pixel Fold_4
Pixel Fold_3a

Beralih ke janaan peranti, cip Google Tensor G2 menguasakan Pixel Fold bersama gandingan 12GB RAM LPDDR5 serta pilihan 256GB dan 512GB storan dalaman yang berasaskan UFS 3.1.

Untuk menghidupkan Pixel Fold, ia diisi kapasiti bateri 4,821mAh berserta sokongan pengecasan pantas 30W melalui USB-C. Bagaimanapun, kepala pengecas dijual secara berasingan.

Antara lainnya, Pixel Fold dilengkapi ciri pengesahan imbasan wajah dan cap jari, sokongan dwi-SIM, 5G, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2, NFC, IPX8 dan sebagainya. Ia turut menyokong kemas kini Pixel sehingga 5 tahun.

Kamera

Pixel Fold_2b

Menjengah keupayaan fotografi Pixel Fold, peranti ini didatangkan dengan tetapan tiga kamera belakang yang terdiri daripada lensa utama 48MP ƒ/1.7 OIS+CLAF dengan sensor bersaiz 1/2″, 10.8MP ultra-lebar ƒ/2.2 serta 10.8MP telefoto ƒ/3.05 dengan 5x zum optikal dan Super Res Zoom sehingga 20x.

Kamera swafoto di bahagian luar mempunyai tetapan 9.4MP, manakala di bahagian dalam menempatkan lensa 8MP.

Terdapat pelbagai ciri kamera yang dimuatkan pada Pixel Fold. Antaranya termasuk Magic Eraser, Photo Unblur, Portrait Light, Super Res Zoom, Motion autofocus dan lain-lain.

Untuk video, kamera belakang dan hadapan di bahagian luar menyokong rakaman 4K dan 1080p pada 30fps dan 60fps. Sementara kamera di bahagian dalam menyokong rakaman 1080p 30fps. Ianya menyokong pelbagai fungsi seperti penstabilan video 4K Cinematic Pan, Zum Digital sehingga 20x, Slo-mo dan sebagainya.

Harga

Telefon Boleh Lipat Pertama Google Kini Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM8,000
Porcelain
Telefon Boleh Lipat Pertama Google Kini Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM8,000
Obsidian
Telefon Boleh Lipat Pertama Google Kini Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM8,000
Telefon Boleh Lipat Pertama Google Kini Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM8,000

Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu Porcelain dan Obsidian. Pixel Fold diletakkan dengan tanda harga bermula $1,799 (~RM8,004) untuk 256GB dan $1,919 (~RM8,538) bagi 512GB yang tersedia untuk warna Obsidian sahaja.

Ianya sudah pun boleh di pratempah di beberapa negara mulai hari ini dan akan tersedia bermula bulan depan. Namun, seribu kali sayang, Google masih belum “terbuka hati” untuk membawa semua peranti Pixel ke pasaran Malaysia.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY