Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple RCS_

Ini Respons Google Mengenai Langkah Apple Guna Pakai RCS

Diterbitkan November 17, 2023 · Dikemas kini November 20, 2023 oleh Amalina Athman

Setelah bertahun-tahun menerima desakan daripada Google, Apple akhirnya memutuskan akan mengguna pakai RCS untuk iPhone pada tahun 2024.

Berkaitan

  • Apa Itu RCS Dan Kenapa Google Desak Apple Untuk Gunakannya
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Nothing Umum Aplikasi iMessage Versi Android
  • Apple Akhirnya Mengalah, iPhone Akan Sokong RCS Tahun Depan

Sebagai respons, wakil Google dalam satu kenyataan menjelaskan setiap pengguna berhak untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan cara yang moden dan selamat, tanpa mengira jenis telefon yang dimiliki. Tambahnya lagi,

..we’re happy to see Apple take their first step today by coming on board to embrace RCS. We welcome Apple’s participation in our ongoing work with GSMA to evolve RCS and make messaging more equitable and secure, and look forward to working with them to implement this on iOS in a way that works well for everyone.

Walaupun langkah Apple lebih ke arah mahu mengatasi pertikaian undang-undang dengan Kesatuan Eropah (EU), berkemungkinan desakan Google turut mendorongnya.

Ketika ini, pengguna iPhone mengetahui bahawa mereka menghantar mesej kepada pengguna Apple yang lain kerana buih sembang berwarna biru, manakala kenalan Android dengan buih sembang berwarna hijau.

Dengan Apple mengguna pakai RCS kelak, pengguna mungkin menganggap ia akan menjadi pengakhiran bagi isu buih hijau dan biru. Namun, masih belum jelas sama ada format ini akan berubah atau sebaliknya.

Sekiranya format yang sama dikekalkan, sekurang-kurangnya sokongan RCS memberikan beberapa hasil yang positif untuk semua pengguna. Contohnya membantu dari segi penyulitan, juga sokongan saiz fail antara Google Messages dan iMessage.

Sehingga itu, nantikan tahun depan untuk melihat bagaimana Apple akan mengguna pakai sistem itu.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY