Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sos alert

Google Mengaktifkan SOS Alert Bagi Carian Berkaitan Coronavirus

Diterbitkan Januari 31, 2020 oleh Amalina Athman

Google SOS Alert merupakan maklumat kecemasan yang lebih mudah diakses semasa sesuatu bencana atau krisis terjadi. Bergantung kepada jenis bencana dan lokasi, anda akan melihat kemaskini daripada pihak berkuasa tempatan, kebangsaan dan global. Kemaskini tersebut termasuk nombor telefon kecemasan, peta, laman web, berita utama dan banyak lagi.

SOS Alert Coronavirus

Google hari ini telah mengaktifkan SOS Alert dengan kerjasama World Health Organization (WHO), untuk memastikan maklumat mengenai Coronavirus mudah diakses. Apabila anda membuat carian berkaitan di Google, anda akan mendapati SOS Alert 2019 Novel Coronavirus di bahagian atas dengan akses terus kepada berita utama Coronavirus, kemaskini Twitter dari WHO, bantuan dan maklumat serta tips keselamatan.

Bagi menyokong usaha tersebut, Google.org telah mengeluarkan geran langsung sebanyak $250,000 kepada Chinese Red Cross. Selain itu, pelancaran kempen dalaman untuk pekerja syarikat tersebut telah menerima lebih $800,000 sumbangan.

To help support relief efforts, @Googleorg issued a $250,000 direct grant to the Chinese Red Cross. Additionally we launched an internal campaign inviting Googlers to donate. So far, https://t.co/ldmgae16C7 and Googlers have raised over $800K USD (3.5M rmb).

— News from Google (@NewsFromGoogle) January 30, 2020

Pada masa ini, angka kematian akibat Coronavirus telah mencecah 213 orang dengan lebih 9230 orang positif Coronavirus. Dalam kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga 30 Januari, terdapat 8 kes telah disahkan positif Coronavirus di Malaysia.

Terbaru, WHO telah mengisytiharkan Novel Coronavirus sebagai kecemasan kesihatan global. Menurut pengarah WHO, keputusan tersebut diambil kerana virus ini disahkan boleh merebak dari manusia kepada manusia di luar negara China dan bimbang dengan negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah.

Sumber: The Verge, The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY