Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthropic Siasat Dakwaan Akses Tanpa Kebenaran Mythos Preview

Anthropic Siasat Dakwaan Akses Tanpa Kebenaran Mythos Preview

Diterbitkan April 22, 2026 · Dikemas kini April 22, 2026 oleh Amalina Athman

Alat keselamatan siber terbaru Anthropic, Mythos Preview, dilaporkan telah berjaya diakses oleh sekumpulan individu tanpa kebenaran melalui vendor pihak ketiga syarikat itu.

Model AI ini dibangunkan sebagai penyelesaian keselamatan siber untuk sektor perusahaan dan diedarkan secara terhad. Namun, ia turut dianggap berpotensi disalahgunakan dan membolehkan serangan siber berbahaya jika jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut laporan Bloomberg, kumpulan tersebut dikatakan berada dalam forum dalam talian tertutup dan menggunakan pelbagai kaedah sebelum berjaya menjejak lokasi model berkenaan berdasarkan maklumat teknikal serta format sistem yang pernah digunakan oleh Anthropic sebelum ini.

Mereka mendakwa telah menggunakan Mythos secara berterusan sejak mendapat akses. Bagaimanapun, kumpulan itu dikatakan tidak mempunyai niat jahat, sebaliknya hanya ingin meneroka keupayaan model baharu tersebut.

Dalam kenyataan kepada TechCrunch, Anthropic mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan susulan dakwaan akses tanpa kebenaran kepada Claude Mythos Preview, namun menegaskan tiada bukti setakat ini menunjukkan sistem dalaman syarikat terjejas.

“Kami sedang menyiasat laporan yang mendakwa akses tanpa kebenaran kepada Claude Mythos Preview melalui salah satu persekitaran vendor pihak ketiga kami,” kata jurucakap Anthropic.

Jika dakwaan ini benar, ia boleh menjadi cabaran awal buat Anthropic dalam memastikan keselamatan alat AI berkuasa seperti Mythos, terutama apabila ia direka untuk melindungi sistem perusahaan tetapi berpotensi disalahgunakan.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Anthropic Secara Tak Sengaja Bocorkan Kod Sumber Claude Code
  • Anthropic, Broadcom Dan Google Bekerjasama Bangunkan Cip AI
  • Anthropic Sengaja Tidak Tawar Model AI Baharu Kepada Umum Kerana Terlalu Berkuasa
  • Anthropic Perkenal Claude Opus 4.7

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY