Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP, AI

Anthropic, Broadcom Dan Google Bekerjasama Bangunkan Cip AI

Diterbitkan April 7, 2026 oleh ariff bukhari

Anthropic pada hari Isnin mengumumkan perjanjian dengan Google dan Broadcom bagi meningkatkan kapasiti pengkomputeran secara besar-besaran susulan permintaan tinggi terhadap tawaran kecerdasan buatan (AI) syarikat pemula itu.

Firma AI berpangkalan di San Francisco itu dijangka menjana kira-kira $30 bilion hasil tahun ini, meningkat daripada kadar tahunan $9 bilion pada akhir tahun lalu, menurut catatan blognya.

“Kami membuat komitmen pengkomputeran terbesar setakat ini untuk seiring dengan pertumbuhan luar biasa kami,” kata ketua pegawai kewangan Anthropic, Krishna Rao.

“Kami membina kapasiti yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan pesat pelanggan sambil membolehkan Claude terus menerajui perkembangan AI.”

Broadcom telah memeterai perjanjian jangka panjang dengan Google untuk membekalkan generasi baharu unit pemprosesan tensor (TPU) yang direka khas bagi menggerakkan AI di pusat data, menurut pemfailan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat.

Secara berasingan, Broadcom dan Google turut memperluas kerjasama bagi memberikan Anthropic akses kepada kira-kira 3.5 gigawatt kapasiti pengkomputeran berasaskan TPU yang dijangka mula beroperasi tahun depan.

Sebahagian besar kapasiti TPU itu akan ditempatkan di Amerika Syarikat.

Anthropic juga terlibat dalam pertikaian dengan kerajaan Amerika Syarikat selepas syarikat itu menegaskan teknologinya tidak seharusnya digunakan untuk pengawasan massa atau sistem senjata autonomi sepenuhnya. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Anthropic Secara Tak Sengaja Bocorkan Kod Sumber Claude Code
  • Pusat Data AI Cipta "Pulau Haba", Naikkan Suhu Lokasi Berhampiran - Kajian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY