Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menggerakkan “Cursor” tanpa Menggunakan Tetikus

Akhirnya, Lebih Banyak PC Windows 10 Boleh Dinaik Taraf Kepada Windows 11 Secara Percuma

Diterbitkan Mei 2, 2024 oleh ariff bukhari

Jika komputer ‘lama’ anda masih menjalankan sistem operasi Windows 10 yang sudah lapuk, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menaik taraf kepada Windows 11.

Ia selepas Microsoft sudah mula membenarkan lebih banyak komputer-komputer dengan perkakasan terdahulu menyokong sistem Windows 11 baharu di mana sebelum ini mereka tidak membenarkannya sejak 2021.

Sebelum ini, PC Windows 10 dengan cip pemproses Intel Core generasi ke-11 dan pemacu Intel SST versi 10.29.0.5152 atau 10.30.0.5152 (SST bermaksud “Teknologi Bunyi Pintar”) telah disekat daripada dinaik taraf kepada Windows 11 sejak November 2021 dahulu.

Microsoft memberi alasan tindakan mereka itu sebagai “Untuk melindungi pengalaman naik taraf anda”.

Ini kerana, gabungan pemacu perkakasan itu telah menyebabkan potensi berlakunya isu skrin biru (blue screens of death) selepas pengguna memasang PC mereka dengan Windows 11.

“To safeguard your upgrade experience, we have applied a compatibility hold on Windows 10 devices which have Intel SST driver versions 10.29.0.5152 or 10.30.0.5152. This will prevent those devices from being offered any version of Windows 11.” Microsoft

Tetapi kini, masalah itu secara amnya telah diselesaikan di mana, semua pengguna Windows 10 yang terjejas dengan gabungan cip dan pemacu tersebut kini sudah boleh memuat turun dan memasang pemacu Intel SST terkini melalui fungsi kemas kini Windows.

Windows 10 to 11

Jadi, anda boleh menyemak sama ada PC Windows 10 anda itu ada menerima kemas kini pemacu tersebut.

Sebaik sahaja Windows 10 telah memasang kemas kini pemacu itu, anda akan boleh menaik taraf PC anda kepada Windows 11.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Microsoft, PC World

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY