Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 15 Developer Preview_1

Akhirnya, Android 15 Sah Akan Tiba Oktober 2024, Ini Senarai Peranti Yang Akan Terima Dulu

Diterbitkan Ogos 27, 2024 · Dikemas kini Ogos 28, 2024 oleh ariff bukhari

Nampaknya versi beta bagi sistem operasi Android terkini, Android 15 sudah di fasa akhirnya. Ia selepas Google mengesahkan bahawa Android 15 akan tersedia dalam bulan Oktober 2024 akan datang.

Perkara itu dimaklumkan menerusi nota kemas kini bagi versi beta Android 15 terbaru yang menyatakan anda boleh abaikan kemas kini terbaru bagi versi beta Android 15 terbaru yang dilepaskan.

Akhirnya, Android 15 Sah Akan Tiba Oktober 2024, Ini Senarai Peranti Yang Akan Terima Dulu

Seperti biasa, barisan telefon pintar Pixel akan menerima naik taraf Android tersebut terlebih dulu. Termasuklah siri Pixel 9 terbaru.

  • Google Pixel 6
  • Google Pixel 6 Pro
  • Google Pixel 6a
  • Google Pixel 7
  • Google Pixel 7 Pro
  • Google Pixel 7a
  • Google Pixel Tablet
  • Google Pixel Fold
  • Google Pixel 8
  • Google Pixel 8 Pro
  • Google Pixel 8a
  • Google Pixel 9
  • Google Pixel 9 Pro
  • Google Pixel 9 Pro XL
  • Google Pixel 9 Pro Fold

Walau bagaimanapun, Google tidak menyatakan secara jelas tarikh tepat bilakah Android 15 itu akan ditawarkan.

Android 15 akan menawarkan pelbagai ciri baharu khususnya peningkatan ciri keselamatan seperti Theft Detection Lock atau Kunci Pengesanan Kecurian yang dapat memastikan data peribadi dan kewangan pengguna selamat sekiranya telefon dicuri serta Google Play Protect yang menggunakan AI pada peranti untuk mengesan aplikasi yang mungkin terlibat dalam penipuan atau pancingan data.

Berkaitan

  • Android 15 Versi Beta Ditawar, Ini Cara Dapatkannya
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Rasmi: Apple Umum Pelancaran iPhone 16 Pada 10 September
  • Pengguna Gmail Di Android Kini Boleh Boleh Balas E-mel Lebih Mudah

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY