Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple event iPhone 16 confirm

Rasmi: Apple Umum Pelancaran iPhone 16 Pada 10 September

Diterbitkan Ogos 27, 2024 · Dikemas kini Ogos 27, 2024 oleh Amalina Athman

Selepas berbulan khabar angin dan spekulasi, akhirnya ia rasmi. Apple kini mengumumkan acara tahunan pelancaran iPhone akan berlangsung pada 10 September 2024, jam 1.00 pagi waktu Malaysia (MYT) bertempat di Apple Park, Cupertino.

Bertemakan “It’s Glowtime”, acara tahun ini dijangka akan menyaksikan Apple memperkenal barisan iPhone 16, model Apple Watch baharu dan AirPods 4 dengan Apple Intelligence, serta tarikh rasmi pelancaran iOS 18, macOS Sequoia dan kemas kini perisian Apple yang lain.

We’re glowing with excitement! Monday, September 9. #AppleEvent pic.twitter.com/QRVyZtqXYA

— Greg Joswiak (@gregjoz) August 26, 2024

Secara ringkas, spekulasi sebelum ini menjangkakan keempat-empat iPhone 16 akan menampilkan butang Capture yang dikhususkan untuk kamera dengan keupayaan seperti leret untuk zum masuk dan keluar atau tekan lembut (soft press) untuk autofokus.

Bagi menjawab segala persoalan dan teka-teki mengenainya, nantikan acara yang akan berlangsung dua minggu lagi. Untuk penstriman langsung, ia boleh dilakukan melalui laman web Apple, aplikasi Apple TV pada iPhone, iPad, Mac dan Apple TV serta saluran YouTube Apple.

Berkaitan

  • Ini Senarai Penuh Model iPhone Yang Akan Terima iOS 18
  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • Imej Tertiris Dedahkan iPhone 16 Pro Dengan Warna 'Desert Titanium'
  • Model Pro iPhone 16 Dilapor Akan Dihasilkan Di India Buat Pertama Kali
  • Maklumat Tertiris Dedahkan Sejumlah Naik Taraf Kamera Siri iPhone 16

Sumber: Apple Event

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY