Google kini telah mengeluarkan Android 15 Beta 2, serta mengumumkan sejumlah kemas kini yang akan tersedia pada sistem operasi tahun ini.
Antaranya termasuk ruang peribadi, Kunci Pengesanan Kecurian, perlindungan terhadap aplikasi penipuan dan lain-lain.
{suggest}
1. Private Space
Private space atau ruang peribadi membolehkan pengguna membuat ruang berasingan, dengan lapisan pengesahan tambahan. Seakan peti besi digital, pengguna dapat menyembunyikan aplikasi daripada dilihat atau diakses oleh orang lain dengan mudah.
Sebagai contoh, pengguna boleh menyembunyikan aplikasi kesihatan atau perbankan dalam ruang peribadi. Ia menggunakan profil berasingan dan pengguna boleh memilih untuk menggunakan kunci peranti atau kunci berasingan.
Keep your business lowkey with private space. Hide any apps behind a lock so nobody but you can see or use them. 🙏
Learn more https://t.co/awuhYCH9CQ pic.twitter.com/ZiA5IEAPtu— Android (@Android) May 15, 2024
2. Theft Detection Lock
Bakal hadir lewat tahun ini, Theft Detection Lock atau Kunci Pengesanan Kecurian dapat memastikan data peribadi dan kewangan pengguna selamat sekiranya telefon dicuri.
Dengan menggunakan Google AI, ia dapat mengesan jika seseorang meragut telefon dari tangan dan cuba berlari, berbasikal atau memandu pergi. Jika gerakan kecurian dikesan, peranti akan dikunci dengan cepat bagi memastikan data sensitif pengguna dilindungi.
Theft Detection Lock senses when your device has been stolen and will lock it down, preventing access to your most sensitive information. Cue sigh of relief. 😅
Learn more https://t.co/awuhYCH9CQ pic.twitter.com/Hn6Xj4MWHh— Android (@Android) May 15, 2024
3. Perlindungan masa nyata terhadap aplikasi penipuan
Pada lewat tahun ini juga, Google Play Protect akan menggunakan AI pada peranti untuk mengesan aplikasi yang mungkin terlibat dalam penipuan atau pancingan data.
Pengesanan ancaman secara langsung ini akan menganalisis cara aplikasi menggunakan kebenaran sensitif dan berinteraksi dengan aplikasi lain untuk mengesan tingkah laku mencurigakan dalam masa nyata (real-time).
Jika Google Play Protect menjumpai sesuatu yang kelihatan berniat jahat, aplikasi itu akan dihantar kepada Google untuk semakan tambahan. Google kemudiannya akan memberi amaran kepada pengguna atau melumpuhkan aplikasi jika ia disahkan menjalankan aktiviti berbahaya.
Menurut Google, ciri ini tidak mengumpul sebarang data peribadi pengguna.
4. Tambah item melalui foto pada Google Wallet
Selain daripada menyimpan item versi digital yang mengandungi kod bar dan kod QR ke Google Wallet, pengguna kelak boleh membuat versi digital bagi kebanyakan pas yang hanya mengandungi teks.
Hanya ambil foto pas harian — seperti tiket acara, kad perpustakaan, kad insurans kereta, kad keahlian gim dan banyak lagi — dan buat versi digital dalam Google Wallet untuk akses pantas.
Google Wallet will soon let you scan to add any paper pass or ticket as a secure digital version to your phone. You’ll never have to worry about forgetting them again.
Learn more https://t.co/awuhYCH9CQ pic.twitter.com/jxoeqQI2DL— Android (@Android) May 15, 2024
Bagaimanapun, ia hanya akan tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu.
5. Kandungan AR dalam Google Maps
Pengguna kelak akan mendapat akses kandungan realiti tambahan (AR) dengan teknologi Lens dalam Google Maps atau Street View.
Program Akses Awal ini akan bermula di Singapura dan Paris lewat tahun ini sebagai ujian selama 6 bulan.
Sementara itu, bagi mengetahui senarai peranti yang menerima kemas kini Android 15 Beta 2, layari pautan INI.
Sumber: The Keyword Google