Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gmail translate

Pengguna Gmail Di Android Kini Boleh Boleh Balas E-mel Lebih Mudah

Diterbitkan Ogos 27, 2024 · Dikemas kini Ogos 27, 2024 oleh ariff bukhari

Google mengumumkan ciri baharu khusus untuk pengguna Gmail di peranti Android di mana anda kini boleh membalas e-mel dengan lebih pantas terus dari aplikasi tersebut.

Sebelum ini, hanya terdapat pilihan untuk Reply, Reply all atau Forward semula mesej sahaja apabila dalam paparan perbualan e-mel pada aplikasi Gmail anda.

Apabila memilih salah satu daripada pilihan tersebut, anda akan diarahkan ke paparan karang skrin penuh untuk menghantar balasan anda.

Tapi, bermula hari ini, anda boleh membalas e-mel terus dari bahagian bawah perbualan, tanpa perlu membuka skrin baharu.

Menjadikannya lebih mudah untuk merujuk e-mel yang anda balas.

“Kami tahu pilihan baharu ini adalah yang terbaik untuk respons yang cepat dan ringan, jadi untuk respons yang lebih panjang dan lebih formal, anda boleh mengembangkan kotak teks untuk mengakses lebih banyak pilihan pemformatan.” Google

respond to emails in the Gmail app on your Android device with a new quick reply experience
Buka e-mel > klik ke dalam kotak teks di bahagian bawah > taip balasan anda > ketik ikon hantar. Klik ikon “Expand to full screen” membolehkan anda bertukar kepada paparan karang skrin penuh.

Google memaklumkan, ciri baharu tersebut sudah mula ditawarkan secara berperingkat bermula hari ini. Untuk pengguna Gmail di peranti iOS pula, ia hanya akan diberikan kemudian pada tahun ini.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Butang 'Unsubscribe' Gmail Kini Telah Tersedia Untuk Peranti Android
  • Google Tambah 2 Lagi Ciri Gemini Baharu Pada Gmail
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY