Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JENDELA 2022

JENDELA: Liputan Rangkaian 4G Capai 95.82% Setakat Jun 2022

Diterbitkan September 19, 2022 oleh Amalina Athman

Jalinan Digital Negara (JENDELA) hari ini telah mengeluarkan laporan suku tahun kedua 2022. Melaluinya, dilaporkan 95.82% daripada semua kawasan berpenduduk mempunyai akses kepada rangkaian 4G, sehingga Jun 2022.

Selain itu, laporan tersebut turut menyatakan sehingga tempoh yang sama, kira-kira 7.2 juta premis mempunyai akses kepada jalur lebar gentian. Kelajuan jalur lebar mudah alih juga telah meningkat kepada 47.04 Mbps (min), jauh melebihi sasaran awalnya iaitu 35 Mbps dalam Fasa 1, yang dijangka siap pada penghujung 2022.

Berkaitan

  • Semak Liputan Di Kawasan Anda Dengan Aplikasi JENDELA Map Daripada SKMM
  • 60% Daripada 28 Bilion Kos Untuk Fasa 1 JENDELA Dibiayai Pihak Komersil
  • JENDELA: Capai Sasaran Penuh, 839 Lokasi Siap Dipasang Jalur Lebar Tanpa Wayar
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar

Berbaki 1.1% daripada 96.9% liputan 4G untuk kawasan berpenduduk bagi sasaran Fasa 1 JENDELA, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjangkakan pelaksanaan yang agak mencabar berikutan keadaan geografi yang terpencil dan pedalaman.

Bagi yang belum tahu, JENDELA merupakan inisiatif untuk peningkatan liputan dan mengukuhkan lagi kualiti pengalaman perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara, sekali gus dapat mengukuhkan infrastruktur kesalinghubungan digital dalam menggerakkan ekonomi digital.

Pelaksanaan ini adalah hasil dari perancangan dan pengawasan terperinci yang dijalankan oleh MCMC dengan kerjasama pemain-pemain industri.

Sumber: Laporan Suku Tahun Kedua JENDELA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY