Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
telco telko line

Opensignal: U Mobile Juara Muat Naik, Digi Nombor 1 Untuk Muat Turun

Diterbitkan September 28, 2022 · Dikemas kini September 28, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Opensignal telah mengeluarkan laporan prestasi telekomunikasi mudah alih di Malaysia bagi Jun-Ogos 2022.

Statistik dijana adalah berdasarkan pengalaman pengguna.

Laporan ini memang hadir dengan terperinci tapi jangan risau kerana kami akan simpulkannya dengan mudah untuk anda.

Bagi 3 bulan ini, berikut adalah pemenang dalam 5 kategori “dipertanding” bagi penggunaan keseluruhan:

  • Video – Digi dan Maxis
  • Permainan – Maxis
  • Aplikasi suara – Maxis dan U Mobile
  • Kelajuan muat turun – Digi
  • Kelajuan muat naik – U Mobile

Digi nampaknya berjaya mencapai kelajuan muat turun sehingga 20.5Mbps lantas menyambar kedudukan pertama untuk kategori tersebut. Ia diikuti Maxis di tempat kedua.

Mobile Network Experience Report _ September 2022 _ © Opensignal Limited

Dua lagi kategori iaitu liputan dan ketekalan (consistency) pula dipecah pada 2 bahagian masing-masing.

Untuk pengalaman liputan rangkaian 4G, ia dimenangi Celcom tetapi dari segi ketersediaan (availability), ia dimenangi oleh Yes. Ini pastinya perkara yang sangat menghairankan sesiapa pun yang membacanya.

Opensignal: U Mobile Juara Muat Naik, Digi Nombor 1 Untuk Muat Turun

Tapi, ia bukanlah seperti yang anda fikirkan iaitu ketersediaan secara geografi. Bermakna, ini bukan tentang keluasan liputan seluruh negara.

Sebaliknya, ketersediaan rangkaian dari segi masa. Opensignal mengukur kekerapan pengguna mendapat sambungan di kawasan yang sering dilawati mereka.

Berkaitan

  • Opensignal: Liputan Makin Meluas Tapi Pengalaman Guna 4G Di Malaysia Masih Lemah
  • Opensignal: Selepas Ada 5G, ’Ranking’ Kelajuan Internet Malaysia Dan Singapura Sama-Sama Jatuh
  • Rundingan Dengan Setiap Syarikat Adalah Berasingan, Lagi 4 'Telco' Masih Berminat - DNB
  • TuneTalk Lancar Pakej Internet Tanpa Had Bermula RM33 Tapi Ada FUP Harian
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Luluskan Cadangan Penggabungan Digi-Celcom
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Justeru, statistik menunjukkan pengguna Yes mendapat sambungan dalam 98.8% masa berbanding U Mobile (98.0%), Maxis (96.7), Digi (96.1%).

Dengan satu-satunya penyedia rangkaian 5G, tidak hairanlah Yes boleh mendapat nombor 1 dalam kategori ini.

Sumber: Opensignal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY