Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adobe AI_6

Adobe Tambah Sokongan Pembantu AI Dalam Aplikasi Creative Cloud – Termasuk Premiere, Photoshop

Diterbitkan Jun 19, 2026 · Dikemas kini Jun 19, 2026 oleh Amalina Athman

Adobe terus memperluaskan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam Creative Cloud dengan memperkenalkan AI Assistant kepada lima aplikasi utamanya iaitu Photoshop, Premiere, Illustrator, InDesign dan Frame.io. Ciri baharu ini mula ditawarkan menerusi versi beta awam dan direka untuk membantu pengguna mengurus projek serta mengautomasikan pelbagai tugasan mengikut aplikasi yang digunakan.

Setiap pembantu AI dibangunkan secara khusus mengikut fungsi aplikasi masing-masing. Ini bermakna AI Assistant dalam Premiere dioptimumkan untuk aliran kerja penyuntingan video, manakala versi dalam Photoshop lebih memfokuskan kepada tugasan penyuntingan imej.

Melalui antara muka seperti chatbot, pengguna hanya perlu menaip arahan dalam bahasa biasa untuk meminta AI melakukan pelbagai tugasan. Dalam Premiere, AI Assistant boleh menyusun aset ke dalam folder, menamakan semula beberapa klip secara automatik berdasarkan kandungan rakaman, mengesan kata kunci dalam pertuturan bagi menambah penanda pada garis masa,serta menyediakan susunan awal projek video.

Adobe AI_2

Bagi Photoshop, pengguna boleh menerangkan hasil yang diinginkan dan AI akan membantu melaksanakan tugasan seperti menyusun lapisan, menukar latar belakang serta mengubah saiz aset mengikut platform.

Adobe AI_3
Adobe AI_4

Illustrator pula menerima AI Assistant yang boleh membantu tugasan penghasilan reka bentuk yang lebih kompleks seperti mengesan ralat mod warna atau fon yang hilang, menyusun semula lapisan dan sebagainya.

Adobe AI_5

Adobe turut menambah beberapa keupayaan baharu dalam aplikasi Firefly. Pengguna kini boleh menjana kit jenama dengan hanya menerangkan identiti sesuatu jenama atau memuat naik bahan sedia ada. Firefly kemudian boleh menghasilkan logo, identiti visual dan palet warna yang sepadan. Selain itu, ia juga mampu menghasilkan video produk daripada foto serta membantu menyediakan storyboard untuk penghasilan video.

Adobe AI_1

Satu lagi ciri baharu dikenali sebagai Elements membolehkan watak, objek dan lokasi yang dijana AI disimpan sebagai elemen yang boleh digunakan semula dalam projek lain. Firefly turut menerima ciri Projects yang menyimpan aset projek di satu tempat dan berkongsi konteks kerja, sekali gus memudahkan kolaborasi bagi projek seperti siri video atau kempen jenama. Kedua-dua ciri ini masih berada dalam fasa beta tertutup.

Ketersediaan

Keupayaan terbaharu AI Assistant dalam Firefly (beta) tersedia mulai hari ini melalui aplikasi web Firefly. Naik taraf Firefly Creative AI Studio, termasuk ciri Elements dan Projects, kini ditawarkan dalam beta tertutup menerusi senarai menunggu.

AI Assistant juga tersedia mulai hari ini dalam beta awam untuk Premiere, Photoshop, Illustrator, Frame.io dan InDesign. Sementara versi After Effects masih berada dalam beta tertutup.

Berkaitan

  • Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop
  • Adobe Premiere Percuma Untuk iPhone Dengan Ciri Suntingan Setaraf Desktop
  • Akses Percuma Adobe Express, Photoshop, Acrobat Dalam ChatGPT
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY