Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adobe premier pro iPhone

Adobe Premiere Percuma Untuk iPhone Dengan Ciri Suntingan Setaraf Desktop

Diterbitkan September 5, 2025 oleh Amsyar Latif

Adobe mengumumkan bahawa aplikasi Premiere kini bakal hadir ke iPhone pada penghujung bulan ini, sekali gus membuka peluang kepada pengguna mudah alih untuk menyunting video dengan kualiti setaraf profesional. Aplikasi ini sudah boleh diprapesan melalui Apple App Store.

Premiere versi iPhone menawarkan pengalaman suntingan yang intuitif dan ringkas, tanpa tera air atau gangguan iklan. Ia mengekalkan ciri penting dari versi desktop seperti multi-track timeline, lapisan video dan audio tanpa had, sokongan 4K HDR, serta kapsyen automatik dengan sari kata bergaya.

Adobe premier pro iPhone

Pengguna juga boleh memanfaatkan ciri AI terbina seperti Generative Sound Effects dan Enhance Speech, yang membolehkan rakaman audio lebih jelas walaupun dalam persekitaran bising.

Adobe premier pro iPhone

Selain itu, integrasi dengan Adobe Firefly membolehkan anda menjana imej, bunyi, dan aset visual unik yang selamat digunakan secara komersial.

Aplikasi ini turut menyokong eksport segera ke TikTok, YouTube Shorts, dan Instagram dengan penyesuaian automatik mengikut format setiap platform. Projek yang dimulakan di iPhone juga boleh disambung semula di desktop melalui Premiere Pro.

Adobe menegaskan Premiere untuk iPhone dibina bagi pencipta kandungan moden yang mana pantas, fleksibel, dan mesra mudah alih.

Kepada pengguna Android pula, aplikasi ini masih lagi dalam pembangunan.

Berkaitan

  • Aplikasi Adobe Photoshop Kini Tersedia Untuk Pengguna iPhone
  • Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY