Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GEN UPSCALE

Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop

Diterbitkan Ogos 1, 2025 · Dikemas kini Ogos 1, 2025 oleh ariff bukhari

Adobe akhirnya memperkenalkan salah satu ciri paling diminta pengguna Photoshop, image upscaling bersama keupayaan yang lebih baik untuk menambah dan membuang objek dalam gambar.

Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop

Generative Upscale memanfaatkan kelebihan AI untuk mempertingkatkan kualiti gambar lama atau berkualiti rendah, seperti gambar cetakan lama, menjadikannya lebih jelas dan tajam yang boleh dipertingkatkan sehingga 8MP.

Malah ciri ini juga dapat membetulkan kecacatan, mewarnakan semula, dan memulihkan foto beresolusi rendah kepada keadaan asalnya yang lebih baik.

Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop

Satu lagi ciri baharu Photoshop adalah Harmonize, membolehkan objek yang ditambah ke dalam gambar diselaraskan secara automatik dengan pencahayaan dan suasana sekitar supaya kelihatan lebih semula jadi.

Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop

Adobe juga mempertingkatkan fungsi Distraction Removal yang membolehkan kandungan dipadam dan diganti dengan objek yang dijana AI, menjadikan proses suntingan imej lebih mudah dan tidak kelihatan janggal.

Distraction Removal

Ciri generatif dikuasakan AI ini sudah tersedia dalam versi beta Photoshop untuk desktop dan web yang memerlukan langganan aktif Photoshop atau Adobe Creative Cloud untuk menggunakannya.

Harga langganan bagi aplikasi Photoshop sahaja adalah berharga dari RM66.50/bulan yang memberikan anda 25 kredit generatif bulanan.

Atau anda boleh melanggan pelan yang mengandungi semua aplikasi Creative Cloud (mengandungi 25 aplikasi Adobe) dengan 1,000 kredit generatif bulanan yang berharga dari RM166.32/bulan.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Google Tambah Ciri Baharu AI Mode Dalam Search
  • TikTok Perkenal Ciri Baharu - Fokus Pada Ibu Bapa, Pencipta, Kesihatan Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY