Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
adobe chatgpt_

Akses Percuma Adobe Express, Photoshop, Acrobat Dalam ChatGPT

Diterbitkan Disember 10, 2025 · Dikemas kini Disember 10, 2025 oleh Amalina Athman

Adobe kini membolehkan pengguna ChatGPT mengakses beberapa ciri utama daripada tiga produknya terus dalam ChatGPT secara percuma.

Integrasi ini membolehkan pengguna menyunting imej, menghasilkan rekaan, serta mengurus, menggabung, mengekstrak atau menyunting teks dan kandungan PDF tanpa perlu bertukar aplikasi.

Akses Percuma Adobe Express, Photoshop, Acrobat Dalam ChatGPT

Ketersediaan

Photoshop, Adobe Express dan Acrobat dalam ChatGPT boleh diakses secara percuma oleh semua pengguna ChatGPT di seluruh dunia, dan tersedia mulai hari ini di versi desktop, web dan iOS.

Adobe Express untuk ChatGPT juga sudah boleh digunakan di Android, manakala sokongan untuk Photoshop dan Acrobat di Android akan hadir tidak lama lagi.

Cara akses

Untuk mula menggunakan ciri ini, buka ChatGPT dan taip nama aplikasi – sama ada Adobe Photoshop, Adobe Acrobat atau Adobe Acrobat, bersama fail yang ingin disunting (jika berkaitan) serta arahan.

Contohnya, “Adobe Photoshop, tolong kaburkan latar belakang imej ini”. ChatGPT akan secara automatik memaparkan aplikasi yang berkaitan dan menggunakan pemahaman konteks untuk memberi panduan kepada pengguna menjalankan tindakan yang diminta.

Akses Percuma Adobe Express, Photoshop, Acrobat Dalam ChatGPT

Bergantung pada arahan, aplikasi Adobe mungkin memberikan beberapa pilihan hasil untuk dipilih, atau memaparkan elemen UI yang boleh dilaraskan sendiri seperti slider kontras dan kecerahan.

Akses Percuma Adobe Express, Photoshop, Acrobat Dalam ChatGPT

Contoh lain, “Adobe Acrobat, gabungkan dokumen saya menjadi satu fail”.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/12/10230528/media_10324fd789aa403f4eacd480bcb84515940c4f8ce.mp4

Dengan integrasi ini, Adobe meluaskan capaian aplikasi popularnya kepada lebih ramai pengguna. Untuk ciri yang lebih lengkap dan ketepatan alat Adobe, pengguna juga boleh beralih dari ChatGPT ke aplikasi asli Adobe dengan mudah.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • OpenAI Lancar GPT-5.1 - ChatGPT Kini Lebih Pintar, Mesra
  • Ciri Sembang Kumpulan Dalam ChatGPT Kini Tersedia Di Malaysia
  • Mod Suara ChatGPT Kini Boleh Diakses Terus Dalam Sembang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY