Terbaru, rekaan yang didakwa POCO M3 telah dikongsikan oleh 91mobiles. Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu kuning, biru dan kelabu. Modul kamera hadir dengan rekaan segi empat tepat yang lebih besar beserta logo POCO. Bahagian hadapan pula dilengkapi dengan paparan bertakuk.
Melihat pada rekaan ini, ia mengingatkan modul kamera yang dimuatkan pada OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edition.
Bagaimanapun, berdasarkan poster yang dikongsikan oleh GizChina, ia memperlihatkan rekaan yang sedikit berlainan dengan modul kamera yang lebih kecil tanpa logo POCO.
Selain rekaan, 91mobiles turut berkongsi spesifikasi yang dijangka akan dimuatkan pada POCO M3.
Peranti ini dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.53 inci, resolusi Full HD+ serta dikuasakan cip Snapdragon 662 dengan gandingan RAM 4GB. Antara lainnya adalah tetapan tiga kamera dengan 48MP utama serta bateri berkapasiti 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.
Terdapat spekulasi yang menyatakan POCO M3 versi global ini adalah penjenamaan semula dari Redmi Note 10 4G yang dilancarkan di China.
Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari POCO pada acara pelancaran yang akan berlangsung 24 November 2020, 8 malam.
Sumber: 91mobiles, GizChina
Berkaitan
- iPhone 12 mini Diumumkan - iPhone 12 Paling Mampu Milik, Harga Bermula RM3399
- Samsung Galaxy S20 FE Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Berharga RM3,399
- Samsung Galaxy S20 FE Dijual Di Malaysia Berharga RM3399, Pra Tempahan Bermula 24 September
- HONOR 9S Dilancarkan Pada Harga RM359
- OnePlus Buds Turut Diumumkan, Ditawarkan Pada Harga RM399
- MacBook Pro Dengan Cip M3 Akan Terima Sokongan Dua Paparan
- Dengan Harga RM369, Anda Boleh Miliki Telefon Baharu realme
- MacBook Air M3 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM5,199
- Redmi 9A Dan Redmi 9C Diumumkan, Harga Bermula RM359
- POCO X6, X6 Pro Dan M6 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM999