Pada masa ini, portfolio bagi POCO Global adalah terhad kepada peranti siri F dan X. Sementara itu, negara India pula telah pun menerima peranti POCO dengan siri X, M dan C.
Dalam pada itu, POCO M3 dijangka akan dijana cip pemproses Snapdragon 662 yang digandingkan dengan RAM 4GB dan 64GB storan dalaman.
Peranti ini turut dijangka dilengkapi skrin 6.53 inci IPS LCD dengan resolusi Full HD serta paparan bertakuk yang dimuatkan dengan kamera swafoto 8MP. Antara lainnya adalah tetapan tiga lensa dengan 48MP utama serta bateri 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W.
Bagaimanapun, ini hanyalah jangkaan awal dan nantikan pengumuman rasmi dari POCO pada acara pelancaran 24 November 2020, 8 malam.
Sumber: POCO via GizmoChina
Berkaitan
- Garmin Enduro Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM3699
- Unifi Perkenal Mobile Travel Pass, Data Tanpa Had Untuk Pelancong Serendah RM30
- Inisiatif RM30 e-Tunai Rakyat - eWallet Mana Lebih Berbaloi?
- Semakan, Permohonan Baucar Penerbangan Digital RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka
- Poco M2 Pro Akan Diperkenal Pada 7 Julai Ini
- Samsung Galaxy S20 FE Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Berharga RM3,399
- Terima Pengesahan SIRIM, POCO X3 Pro Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi
- Adakah Ini Rekaan POCO M3 Yang Didakwa Tertiris?
- POCO X3 NFC Akan Diperkenal Pada 7 September Ini
- MNO Berpotensi Jimat RM30 Bilion Dengan Rangkaian Borong Tunggal 5G DNB - Tengku Zafrul