OnePlus hari ini telah memperkenalkan OnePlus 8T x Cyberpunk 2077 Edition. Bukan sahaja warnanya berbeza kerana hadir dengan warna kuning Cyberpunk, ia juga turut mempunyai rekaan sedikit berbeza dengan OnePlus 8T biasa.
Di belakangnya, ia dilengkapi dengan panel kaca besar dengan logo Cyberpunk yang besar. Dari segi kemasan, ia adalah berwarna kelabu berbintik-bintik dan mempunyai jalur kuning ikonik warna Cyberpunk 2077.
Bersama-sama dengan rekaan luaran berbeza, OnePlus 8T x Cyberpunk 2077 hadir dengan OxygenOS yang bertemakan aestatik permainan itu.
Terdapat juga pelbagai aksesori Cyberpunk termasuklah sarung pelindung dan pelbagai pelekat khas.
Pra-tempah OnePlus 8T x Cyberpunk 2077 hanya boleh dilakukan di China bermula 11 November dengan harga CNY 3999 (~RM2,484).
Buat masa ini, OnePlus tidak mengumumkan adakah telefon ini akan menemui peminat luar China.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- Ini Adalah Rupa Bentuk OnePlus 8T - Panel 120Hz Dan Pengecasan 65W Lebih Laju
- OnePlus Umum Dua Buah Fon Telinga Di Samping 8T - Buds Z Dan Juga Bullets Wireless Z Bass Edition
- OnePlus Buds Diumumkan - Sokongan Dolby Atmos Dan Ketahanan Bateri Sehingga 30 Jam
- OnePlus Sedang Bangunkan Telefon Dijana Naga 460, Skrin HD, Dan 6,000mAh
- OnePlus 8T Concept Diumumkan - OnePlus 8T Dengan Panel Belakang Berubah Warna Dan Sistem Radar mmWave
- OnePlus Nord Akan Datang Ke Malaysia Hujung Ogos Ini
- 120Hz Antara Teknologi Paparan Baharu Yang Bakal Dimuatkan Dalam Siri OnePlus 8
- OnePlus 8 Pro Mungkin Hadir Dengan Panel 120Hz
- Spesifikasi Penuh OnePlus 8 Dan 8 Pro - 120Hz, Kuad Kamera, 4510mAh, IP68, Dan Pengecasan Tanpa Wayar
- Carl Pei Sahkan Beliau Tidak Lagi Bersama OnePlus, Mahu Berehat Sebentar Dari Dunia Teknologi